• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Kampung Ada Akses Ke Bandar Menjelang 2020

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyasarkan untuk menyediakan akses jalan raya ke bandar di semua kampung di negara ini menjelang 2020, kata menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata akses itu, yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), melibatkan pembinaan jalan raya berturap dan jalan asas (tidak berturap).

“Kita tahu, ekonomi sukar dibangunkan kalau tiada jalan raya menghubungkan kampung-kampung. Sebab itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Wilayah mementingkan akses atau kesalinghubungan antara kawasan kampung dengan bandar.

“Fokus kita, bukan sahaja membangunkan jalan aspal tetapi juga jalan asas yang boleh menghubungkan kampung ke bandar-bandar,” katanya sambil menjelaskan projek berkenaan juga akan dilaksanakan di Sabah.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek naik taraf Jalan Ansip-Dalit-Kahaba di Keningau di sini, hari ini. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup dan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Anggota Parlimen Keningau Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Ismail Sabri berkata buat tahun ini, kementerian itu memperuntuk RM5.5 bilion untuk pembangunan luar bandar termasuk pembinaan jalan raya luar bandar, dengan 28.8 peratus daripada jumlah itu atau RM1.56 bilion diperuntukkan kepada Sabah.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak melakukan apa-apa untuk membangunkan masyarakat luar bandar di Sabah.

Menurutnya sepanjang lawatan dua hari ke beberapa lokasi di Sabah, beliau menerima makluman balas daripada rakyat di kawasan yang dipimpin parti pembangkang yang mengatakan bahawa selepas dua tahun, rakyat di kawasan itu belum menerima sebarang program pembangunan daripada wakil rakyat mereka.

“Hanya melalui kerajaan BN sahajalah pembangunan dapat dibawa ke kawasan luar bandar sama ada di Sabah atau Sarawak. Ini jelas, apabila Pegawai Daerah Keningau (Yusof Osman) minta sedikit, saya beri lebih. Inilah kerajaan BN,” katanya.

Ismail Sabri juga berharap penduduk Keningau tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah pembangkang yang menurutnya hanya muncul secara bermusim terutama menjelang pilihan raya namun sukar ditemui selepas pilihan raya. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriKampung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Bukan Antara Suspek Disiasat Switzerland

Next Post

Virus Zika: KKM Keluarkan Garis Panduan Minggu Ini

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Next Post

Virus Zika: KKM Keluarkan Garis Panduan Minggu Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd