• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Ada Bukti Dan Fakta Ahli PAN Kembali Sokong PAS”

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata beliau mempunyai bukti ada ahli Parti Amanah Negara (PAN) yang mengubah haluan menyokong perjuangan PAS.

Mengulas kenyataannya berhubung perkara itu baru-baru ini, Takiyuddin meminta kepimpinan PAN untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.

“Saya sebut (ada ahli PAN sertai PAS semula) itu sebab saya ada fakta. Mereka datang jumpa saya baru-baru ini. Ada beberapa orang. Kami berbincang dan berbual. Mereka telah salah faham dengan perjuangan PAN.

“Walaupun berbeza pandangan parti politik dengan individu tersebut, namun kami boleh duduk semeja, berbual dan berbincang pelbagai perkara termasuk perjuangan kedua-dua parti.

“PAN perlu siasat sendiri siapa mereka. Saya tidak bertanggungjawab untuk mendedahkannya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Presiden PAN, Mohamad Sabu ketika ditemu ramah satu portal online berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut, manakala Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad mencabar Takiyuddin mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.

Takiyuddin ketika ditanya sama ada individu yang menemuinya itu perlu atau telah mengisi borang keahlian PAS semula, anggota Parlimen Kota Baharu itu berkata perkara tersebut bergantung kepada status keanggotaan mereka. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]_wUrNwy1mxc[/wpdevart_youtube]

Tags: Amanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa fahaman ekstrem kanan yang berbahaya kepada negara...

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Zamir Ghazali mendakwa beliau bersama keluarganya akan mengeluarkan simpanan di Tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd