• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak: Jumlah Mangsa Banjir Yang Dipindahkan Meningkat Kepada 3,734

oleh Ahmad Albab
21/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan terus meningkat kepada 3,734 orang daripada 1,028 keluarga di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan tengah hari ini, berlindung di 25 pusat pemindahan (PP).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata angka itu meningkat berbanding 2,869 daripada 779 keluarga pagi tadi.

Beliau berkata di bahagian Kuching ketika ini, lapan PP dibuka di daerah Kuching, dan lapan di daerah Bau, manakala di bahagian Serian lima dibuka di daerah Serian dan satu di daerah Padawan.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata tiga lagi PP di bahagian Samarahan terdiri daripada Masjid Darul Ibadah, Dewan Serbaguna Balai Bomba Siburan, dan Sekolah Kebangsaan Endap; ketiga-tiganya berada dalam daerah Kota Samarahan.

Sementara itu, difahamkan seorang pemuda dilaporkan hilang dibawa arus semasa cuba menyeberangi sungai di Kampung Maang, Siburan, kira-kira 30km dari sini malam tadi.

Jurucakap bomba berkata operasi mencari pemuda yang dikenali sebagai Judus, 20, sedang ditingkatkan menerusi ‘surface water searching’ (pencarian di permukaan air) dengan bot sekitar 1km dari kawasan dia dilaporkan hilang. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd