• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salute! Bekas Pramugara MAB Tak Kisah Bawa Teksi

oleh AK-47
11/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMUM mengetahui demi menyelamatkan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines Berhad (MAB), terdapat kakitangannya yang terpaksa digugurkan.

Meskipun mendapat saguhati dan program sokongan untuk membantu mereka yang terlibat mencari peluang rezeki lain, pastinya tak mudah mendapat peluang kerja dalam keadaan ekonomi dan usia mereka pada masa sekarang.

Bagaimanapun seorang bekas kakitangan MAB membuktikan rezeki halal ada di mana-mana bagi mereka yang tidak memilih.

Namun pekerjaan yang dipilihnya mengejutkan ramai orang dan pasti ramai belum tentu sanggup sepertinya selepas sekian lama menempuh pekerjaan glamor di awan biru iaitu.. pemandu teksi.

Kerendahan hati bekas pramugara ini diketahui ramai selepas anaknya Mohd Zulhelmie berkongsi kisahnya di Facebook menerusi status berbunyi:

“Lepas hampir setahun diberhentikan MAB, dua hari lepas Abah mulakan kerjaya baru sebagai pemandu teksi.

Kalau ada siapa-siapa yang duduk area Nilai/Sepang atau sewaktu dengannya memerlukan teksi yang pemandu dia layan macam dalam flight MAB, boleh booking siap-siap dekat booking agent Abah, 0122710040 (aku).

Kalau guna promo code “ELMI HANDSOME”, Abah kata harga dekat meter dikurangkan sikit ikut budi bicara Abah waktu itu.

P/S: Abah taknak bawak Uber. Jangan tanya kenapa.”

Status Facebook Mohd Zulhelmie tentang kisah abahnya yang memilih untuk jadi pemandu teksi selepas setahun menamatkan perkhidmatan sebagai pilot MAS.
Status Facebook Mohd Zulhelmie tentang kisah abahnya yang memilih untuk jadi pemandu teksi selepas setahun menamatkan perkhidmatan bersama MAS.

Status berkenaan segera mendapat perhatian ramai dan dikongsikan ramai netizen hingga akhirnya menjadi viral, apatah lagi ia turut dikongsikan pengarah dan pelakon Afdlin Shauki yang mempunyai lebih 1.4 juta rakan Facebook.

12670089_10204003521487642_2132638867760524700_n

Apa-apa pun, tak mudah menemui orang seperti abah Mohd Zulhelmie ini dan hikmahnya, kami pasti beliau tak menang tangan menangani tempahan teksi selepas ini. Yelah, pasti ramai nak melakukan sedikit ‘interview’ bersamanya bukan? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Tags: JuruterbangMASpemandu teksistatus facebookviral
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

12/07/2025
0

NEW DELHI – Laporan awal nahas Air India yang dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB) pada Sabtu mendapati...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd