Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Sukuk Prihatin Hasil Semangat...

PUTRAJAYA - Terbitan Sukuk Prihatin bernilai RM500 juta yang dilancarkan hari ini adalah...

Tun M Masih Mampu...

PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang genap usia 90...

TRXC Akan Buat Laporan...

KUALA LUMPUR - TRX City Sdn Bhd (TRXC) akan membuat laporan polis berhubung...

Sosej Ungu Cetus Kemarahan...

Seorang penjual sosej telah mencipta sosej berwarna ungu sebagai memperingati bintang pop, Prince...

Remaja Dapat Hadiah, Tinggal Sebulan Bersama Pelakon Lucah

GEMBIRA sehingga sukar berkata-kata…itu yang dialami oleh seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Rusia selepas dimaklumkan bahawa dia memenangi hadiah, iaitu tinggal selama sebulan bersama seorang pelakon filem lucah di sebuah hotel di Moscow.

Remaja itu, Ruslan Schedrin, 16, berkata pada mulanya dia tidak menyangka memenangi hadiah itu namun selepas kemenangan itu disahkan, dia amat gembira.

Ruslan turut berterima kasih kepada laman web berkenaan kerana memilihnya untuk menetap bersama dengan wanita terbabit, Ekaterina Makarova.

“Saya menghubungi kawan-kawan dan mereka juga pada awalnya tidak percaya tetapi kini mereka gembira bagi pihak saya,’’ katanya.

Ibu Ruslan, Vera Schedrina bagaimanapun membantah kemenangan berkenaan dan sangat marah kerana anaknya itu perlu mengulang kaji pelajaran memandangkan peperiksaan semakin hampir.

“Ini tidak betul. Sebulan, kalau seminggu pun sudah melampau. Mereka sepatutnya beri wang tunai sahaja. Bagaimana mereka boleh mendapat idea tersebut dan untuk budak berusia 16 tahun, ia amat mengejutkan.


“Saya tidak pernah berjumpa dengan perempuan itu,’’ katanya.

Kemenangan itu, kata Vera telah menyebabkan pergaduhan berlaku dalam keluarga mereka kerana anaknya itu bersungguh-sungguh mahukan hadiah tersebut.

Meskipun Vera menyatakan Ruslan berusia 16 tahun tetapi data yang diperiksa mendapati umur Ruslan baru 14 tahun. - MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • lucah

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori