• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Tolak Politik Berlandaskan Agama, Kaum – Kit Siang

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Tiada seorang pun daripada pemimpin DAP pernah berfikir dapat menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 50 tahun lalu”

Itu kata-kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan penuh bangga sewaktu menyatakan tentang pencapaian parti cauvanis itu dalam kancah politik Malaysia.

Kata beliau, DAP sewaktu ditubuhkan tidak pernah terfikir akan dapat memegang kuasa sebuah kerajaan negeri, tetapi kini memenangi banyak kerusi Parlimen dan DUN.

Namun, tegasnya, pemimpin DAP tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian parti itu kerana DAP perlu menjadi Kerajaan Persekutuan.

“DAP tidak akan dapat membentuk Kerajaan Persekutuan dengan sendiri. Ia memerlukan gabungan pembangkang untuk berhadapan gabungan Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO.

“Kita perlu bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui Pakatan Harapan untuk mencapai cita-cita ini,” tegasnya melalui satu kenyataan bersempena sambutan ulang tahun ke-75 beliau esok.

Kit Siang bagaimanapun mengakui DAP sukar untuk menguasai politik Malaysia sekiranya masih terdapat politik berdasarkan kaum dan agama di negara ini.

Justeru, katanya, semua ahli dan penyokong mesti menjayakan agenda Pakatan Harapan kerana dengan cara itu DAP dapat menjadi Kerajaan Persekutuan. – mynewshub.cc

Tags: AgamaLim Kit Siang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Senator DAP, RA Lingeshwaran mendakwa politik berasaskan agama membutakan pertimbangan. Beliau mempersoalkan adakah Johor mahu terus ke...

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

09/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor memastikan tiada rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd