• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tunggu Laporan Siasatan Kes Langgar Lari 6 Penganut Hindu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menunggu laporan Jabatan Kimia dan Unit Forensik bagi melengkapkan siasatan kes langgar lari yang mengorbankan tiga menganut Hindu di Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur pada 23 Jan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata laporan itu dijangka siap sepenuhnya dalam masa terdekat dan akan dihantar kepada pendakwa raya bagi tujuan pendakwaan.

“Ketika ini, polis masih menunggu laporan penuh dari jabatan berkenaan supaya pendakwaan terhadap pemandu kereta yang melanggar lari dapat dilaksanakan segera.

“Saya jangkakan laporan siasatan ini akan siap dalam masa terdekat ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi Februari di sini, hari ini.

Dalam kejadian 8 pagi itu, tiga mangsa lain turut cedera apabila sebuah kereta mewah merempuh mereka yang sedang berjalan di lorong kecemasan lebuh raya berhampiran susur keluar Desa Petaling.

Tiga mangsa yang maut dikenali sebagai Saravanan Krishnan, 45, Papa Sinnah, 63, dan Cinnakanoo Kannan, 50, manakala rakan mereka, Megaswaran Palanisamy, 40, Darrshen Devara, 18 dan S.Anjalai Devi, 44, cedera parah.

Kesemua mangsa merupakan sebahagian daripada kira-kira 40 penganut Hindu yang berjalan kaki dari Seremban menuju Batu Caves dalam ritual perarakan sempena perayaan Thaipusam yang disambut pada 24 Jan.

Pemandu kereta berumur 25 tahun yang disyaki terlibat dalam insiden itu menyerah diri di Balai Polis Trafik Jalan Bandar pada hari sama.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: langgar laripolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd