• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Tahan 2 Lelaki, Rampas Pelbagai Barang Dipercayai Buat Bom Ikan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu menahan dua lelaki dan merampas pelbagai barangan yang dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan, di sini semalam.

Komander PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad Madun berkata hasil maklumat daripada orang awam pihaknya menahan seorang lelaki berusia 39 tahun di Jeti Penambang di sini, kira-kira pukul 9.45 pagi Selasa.

“Ketika ditahan lelaki berkenaan berada di dalam sebuah kereta yang apabila diperiksa terdapat empat karung guni berisi baja Ammonia Nitrat, 100 unit detonator, dan lapan gulung sumbu yang dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan terhadap suspek, pihaknya telah menahan seorang lelaki warga Brunei berusia 22 tahun, di hadapan sebuah hotel di sini, beberapa jam selepas suspek pertama ditahan.

“Turut dirampas bersama suspek berkenaan dua bungkus sodium cyanide yang juga dipercayai salah satu bahan yang digunakan untuk membuat bom ikan,” katanya.

Mohamad berkata, hasil siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspak itu mendapati barangan yang dipercayai untuk membuat bom ikan itu akan dibawa ke Brunei dan akan digunakan untuk menjalankan aktiviti mengebom ikan di perairan negara berkenaan serta di sempadan Sarawak.

Beliau berkata kedua-dua suspek itu kemudiannya dibawa pangkalan PPM Kota Kinabalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – BERNAMA

Tags: Bompolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd