• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Johor Pantau 46 Lokasi Kerap Berlaku Kemalangan

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Polis akan meningkatkan pemantauan di 46 lokasi yang kerap berlaku kemalangan di negeri ini menerusi Op Selamat 8/2016, yang bermula semalam sehingga 15 Feb ini.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata operasi itu bertujuan memastikan trafik berjalan lancar dan mengurangkan kemalangan maut sempena Tahun Baru Cina, melibatkan penugasan 667 pegawai serta anggota polis.

“Antara lokasi itu adalah KM1-9 Jalan Johor Baharu-Kota Tinggi, Lebuh Raya Pasir Gudang, Jalan Johor Baharu-Pontian, Lebuh Raya Pagoh-Air Hitam Machap dan Jalan Johor Baharu-Mersing,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Op Selamat 8/2016 peringkat Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata tumpuan operasi itu bukan sahaja terhadap aspek pemantauan lokasi yang sering berlaku kemalangan serta kesesakan lalu lintas, malah ia juga melibatkan tindakan penguatkuasaan.

Katanya individu didapati melakukan kesalahan lalu lintas, termasuk memandu laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar dan tidak mematuhi lampu isyarat, akan dikenakan kompaun maksimum RM300,

Dalam Op Selamat 6/2015 sempena Tahun Baru Cina dari 12 hingga 26 Feb tahun lepas, sebanyak 2,732 kemalangan jalan raya direkodkan di negeri ini, dengan 31 daripadanya merupakan kemalangan maut melibatkan 36 kematian, katanya.

Sementara itu, Wan Ahmad Najmuddin berkata pihaknya akan memperkenalkan Hari Sukan Kontinjen Johor pada setiap Khamis bermula minggu ini, bagi memastikan 9,000 pegawai dan anggota polis negeri ini sentiasa dalam keadaan sihat.

“Kesemua pegawai dan anggota akan diwajibkan menyertainya pada setiap petang Khamis. Matlamat saya, melalui program ini untuk melahirkan pegawai dan anggota lebih cergas dan sihat tubuh badan menjelang tiga bulan pelaksanaannya,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd