• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Hargai ‘Bantuan’ Switzerland, Singapura

oleh Ahmad Albab
02/02/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalu-alukan tindakan Ketua Pendakwaraya Switzerland menyiasat firma milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana berkemungkinan melanggar undang-undang di negara berkenaan.

Naib Presidennya, Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, seluruh rakyat Malaysia akan bersama dengan pihak berkuasa asing bagi menegakkan keadilan dan mendedahkan kebenaran di negara ini.

“PKR menzahirkan penghargaan kepada Pejabat Peguam Negara Switzerland yang baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan menggemparkan bahawa satu siasatan ke atas firma milik kerajaan, 1MDB, didakwa telah mendedahkan bahawa kira-kira AS$4 bilion (RM16.6 bilion) telah diselewengkan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ketua Pendakwaraya Switzerland sebelum ini dilaporkan meminta bantuan Malaysia dalam siasatan kemungkinan berlaku perlanggaran undang-undang negara itu oleh 1MDB, melibatkan wang berjumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion).

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyatakan kesediaan pihaknya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa di Switzerland berhu­bung siasatan terhadap syarikat pe­laburan negara tersebut.

Beliau turut memaklumkan, beberapa siasatan termasuk oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Audit Negara berhubung isu 1MDB masih berjalan.

Shamsul Iskandar dalam pada itu mengalu-alukan tindakan pihak berkuasa di Singapura menyita beberapa akaun bank berikutan dakwaan salah urus kewangan yang dilakukan oleh 1MDB di negara itu.

Beliau berharap pihak berkuasa Singapura kekal konsisten dan tegas dalam siasatan ke atas syarikat pelaburan strategik Malaysia jika tidak mahu reputasi Singapura terjejas.

Media propembangkang sebelum ini melaporkan Singapura mengeluarkan kenyataan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura dan Jabatan Hal Ehwal Komersial, polis republik itu menyita akaun melibatkan 1MDB kerana didakwa berlaku penyelewengan.

Kenyataan itu dipercayai dikeluarkan oleh Singapura sebagai respons kepada soalan yang dikemukakan media terbabit ke atas pihak berkuasa negara berkenaan mengenai proses siasatan ke atas isu 1MDB yang sedang berlangsung.

Singapura turut menyatakan pihak berkuasa negara berkenaan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat berhubung siasatan 1MDB manakala tindakan menyita akaun bank salah satu proses dalam siasatan berkenaan. – mynewshub.cc

Tags: PKRSingapuraSwitzerland
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Changlun-Kodiang

Next Post

Pilihan Raya Umum Thai Tetap Diadakan Pada 2017

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post

Pilihan Raya Umum Thai Tetap Diadakan Pada 2017

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd