• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilot MH370 Konon Selamat Dirawat Di Taiwan PALSU

oleh
16/02/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Laporan sebuah portal berita asing kononnya juruterbang pesawat MH370 Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang hilang hampir dua tahun lalu ditemui selamat di Taiwan, adalah palsu.

Berdasarkan penelitian, wujud keraguan fakta dalam berita oleh worldnewsdailyreport.com kononnya Kapten Zaharie Ahmad Shah ditemui penduduk kampung di tebing Sungai Tangshui pada Isnin lalu.

Ini kerana portal itu didapati menggunakan gambar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. S. Jeyaindran sebagai Dr. Syed Boon Sulong yang kononnya kini merawat juruterbang berusia 53 tahun itu.

Gambar Dr. Jeyaindran yang disiarkan oleh portal antarabangsa tersebut sebenarnya dipercayai diambil daripada laporan lain menerusi sebuah portal berita tempatan bertarikh 11 Oktober pada tahun lalu.

Manakala pesakit terbaring di katil hospital yang didakwa konon sebagai Zaharie pula adalah warga Myanmar dikenali dengan nama Aung Myo Oo dan dia pernah dirawat di ibu negara pada 3 Jun 2013.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi pihak media tempatan turut menyifatkan laporan yang disiarkan portal berita itu sebagai nyata langsung tidak benar.

“Pembohong!” katanya ringkas. Laman worldnewsdailyreport.com terkenal dengan berita sensasi dan pernah menggemparkan dunia menerusi laporan orang utan hamil akibat dirogol baru-baru ini.

Bagaimanapun, berita oleh laman berpusat di London, Britain itu didapati palsu apabila semakan Zoo Surabaya mendapati tiada orang utan dan staf yang bernama seperti dilaporkan tersebut wujud.

Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia berasa kecewa dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja menyebarkan gambar palsu menerusi laman sosial tempatan.

Justeru jelas timbalan menterinya, Datuk Jailani Johari, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta polis akan diminta menyiasat motif serta dalang penyebaran gambar fitnah tersebut.

Pesawat Boeing 777-200ER milik MAB dengan kod MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan ke Beijing, China. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: MABMH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd