• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes Ku Chin Wah 3 Mei Depan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan perbicaraan selama enam hari bermula 3 Mei depan untuk kes bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang didakwa gagal mengisytiharkan perolehan komisyen berjumlah hampir RM1 juta, tiga tahun lepas.

Hakim Mohd Nasir Nordin menetapkan tarikh itu selepas kes disebut di hadapannya hari ini dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lutfi Mohamed dan peguam Datuk Geethan Ram Vincent mewakili Ku.

“Mahkamah menetapkan enam hari iaitu pada 3, 4, 5, 6, 9 dan 10 Mei ini untuk perbicaraan,” kata hakim itu selepas membenarkan permohonan peguam bela supaya kes ditetapkan untuk perbicaraan.

Di awal prosiding, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa dokumen berkaitan kes itu belum selesai.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 28 Mac ini untuk sebutan bagi penyerahan dokumen.

Pada 22 Jan lepas, Ku, 58, didakwa gagal mematuhi terma notis Pendakwa Raya di bawah Seksyen 49(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Dis 2013 yang mana tertuduh gagal mengisytiharkan perolehan daripada komisyen berjumlah RM961,500 di dalam surat akuan bersumpahnya bertarikh 8 Jan 2014.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 23 Dis 2013 dan 21 Jan 2014. – BERNAMA

Tags: Ku Chin Wahpecah amanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd