Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

PAN Sahkan Mahathir Jadi...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mengesahkan Tun Dr....

Malaysia Bakal Jadi Negara...

SHAH ALAM - Malaysia bakal menjadi sebuah negara 'lalok' jika cadangan untuk menanam...

14 Menara Telekomunikasi Bakal...

TENOM - Empat belas menara telekomunikasi bakal dibina di daerah kecil Kemabong, kira-kira...

Henti Budaya ‘Minum Kopi’...

CYBERJAYA - Pegawai awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pemberian...

Penganggur Cederakan Ibu Diperintah Jalani Pemeriksaan Mental

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang penganggur yang didakwa menyebabkan ibunya cedera parah di Setapak Jaya pada 8 Feb lepas agar menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali mengeluarkan perintah itu kepada Muhammad Faaris Syahiddin Ahmad, 22, selepas dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Khariah Hashim, 50, yang juga seorang guru, menggunakan sebilah pisau yang mungkin menyebabkan kematian di rumah mereka di No 31A Jalan Rejang 2, Desa Rejang, Setapak Jaya di sini, pada 8.30 malam, 8 Feb lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Balqis Aini memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan kesihatan mental selama sebulan di hospital itu bermula hari ini, mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Beliau membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz supaya tertuduh dirujuk ke hospital itu untuk pemeriksaan kesihatan mental kerana tertuduh disyaki tidak sempurna akal.

Terdahulu, Muhammad Faaris Syahiddin yang memakai kemeja-t dan berkopiah hitam kelihatan terpinga-pinga dan keliru selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Balqis Aini.


Muhammad Faaris Syahiddin, yang dilihat menoleh ke kiri dan kanan ketika berada dalam kandang tertuduh hanya mengangguk faham, namun tiada pengakuan direkodkan daripadanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 16 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi mengetahui laporan perubatan kesihatan tertuduh.

Turut hadir ke mahkamah ialah anggota keluarga tertuduh termasuk bapanya yang dilihat mengesat air mata sepanjang prosiding berlangsung. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori