• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengamal Media Perlu Bantu Pelihara Perpaduan – Joseph Kurup

oleh Ahmad Albab
27/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pengamal media cetak dan elektronik perlu memelihara dan memperkukuh perpaduan nasional, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata rakyat yang bersatu padu merupakan asas kepada kekuatan dan kemajuan negara yang membawa kepada keharmonian, kestabilan politik dan ekonomi mampan.

“Oleh itu pengamal media perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam menyampai mesej positif mengenai perpaduan dan mengekal hubungan erat dalam masyarakat majmuk untuk mencapai integrasi nasional dan Wawasan 2020,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baru Cina dan Malam Media di sini Jumaat malam.

Yang turut hadir pada majlis itu Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr Johnson Tee dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi (JPNI)Sabah, Delin Liet anak Blaun.

Kurup berkata beliau meminta sokongan berterusan daripada pengamal media dalam membantu JPNI untuk melaksana program dan aktiviti perpaduan.

Beliau turut mengingatkan pengamal media agar tidak memberi ruang dalam laporan mereka kepada individu atau kumpulan yang bermotifkan perkauman dan agama yang tindakan mereka boleh mencetuskan kemarahan dan memecahbelahkan rakyat.

Katanya kerajaan menyedari terdapat sesetengah pihak yang membuat laporan atau kenyataan negatif mengenai kerajaan atau pemimpin negara tanpa usul periksa.

Beliau berkata sehubungan itu media hanya perlu menyiarkan bahan yang membantu memperkukuh dan bukan melemah hubungan antara rakyat.

“Tanpa kerjasama antara kerajaan dan media, kita akan hilang keharmonian negara yang bertahun lamanya untuk dibina,” kata Kurup. – BERNAMA

Tags: Joseph Kurupmedia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd