Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Ribuan Warga Kota Zahirkan...

KUALA LUMPUR - Ribuan warga kota pelbagai kaum berhimpun di Dataran Merdeka dan...

Jaga Keselamatan Elektrik Pada...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pengguna agar sentiasa mengambil langkah...

Pengguna Twitter ‘Back Up’...

SEJAK semalam, gambar seorang lelaki yang santai tertidur di atas sebuah lori sampah mula...

UMNO Tak Perlu Pertahankan...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan, parti itu...

Pencuri Kereta Terjun Sungai Selepas Dikejar Polis

KOTA TINGGI – Empat lelaki bertindak terjun ke dalam sungai selepas kenderaan curi jenis Honda Civic berwarna hitam yang dinaiki terbabas ketika cuba melarikan diri daripada dikejar kereta peronda (MPV) Balai Polis Bandar Penawar Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu berlaku ketika Konstabel Zamzuri Zakaria bersama rakan tugasnya sedang bertugas melakukan rondaan MPV di kawasan Bandar Penawar.

Anggota peronda kemudiannya telah terserempak dengan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura itu yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Mados, Bandar Penawar.

Menurutnya, anggota MPV cuba menahan kereta tersebut untuk pemeriksaan tetapi pemandunya enggan berhenti dan terus memecut ke arah Kuala Sedili.

“Semasa mengejar kereta suspek, beberapa objek telah dibaling keluar dari kereta itu ke arah kenderaan MPV dan salah satu objek telah terkena cermin hadapan MPV sehinggakan mengalami retak dan turut menyebabkan bonet hadapan berlubang.

“Dengan bantuan daripada anggota Balai Kuala Sedili, anggota trafik dan beberapa penduduk kampung, kenderaan suspek telah berjaya dikesan di kawasan Kampung Gembut.

Kenderaan suspek kemudian telah terbabas lalu terjunam di tebing sungai Ulu Kuala Sedili,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Rahmat berkata, empat lelaki yang berada di dalam kereta itu kemudiannya bertindak terjun ke dalam sungai dan berjaya meloloskan diri serta gagal dikesan.

Katanya, kenderaan suspek telah ditarik ke Balai Polis Kuala Sedili dan hasil semakan mendapati kereta itu telah dilaporkan hilang pada hari yang sama di Taman Sri Saujana.

“Pemeriksaan di dalam bonet belakang kereta telah menemui satu laras senapang angin tanpa jenama berukuran kira-kira 35 inci dan dua unit pemotong besi ukuran panjang 29 inci berwarna biru serta hitam. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori