• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Diminta Bertanggungjawab Saman Muflis Mat Sabu

oleh Ahmad Albab
18/02/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) kesal dengan sikap PAS tidak mempedulikan nasib bekas Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu yang sedang berhadapan risiko muflis.

Ahli Jawatankuasa PAN Nasional, Aiman Athirah Al Jundi berkata, PAS perlu sedar bahawa Mat Sabu mungkin muflis akibat saman fitnah yang dihadapinya ekoran tindakannya semasa memegang jawatan Timbalan Presiden PAS pada tahun 2013.

“Amat malang seolah-olah langsung tiada pembelaan ke atas orang nombor dua (PAS) ini sekalipun manifestonya adalah perihal negara berkebajikan.

“Kebajikan pimpinan yang berhempas pulas langsung tidak diumpamakan sehinggalah kita semua dikejutkan dengan berita kemungkinan muflis ini sekiranya Mat Sabu gagal membayar RM200,000 tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Mynewshub.cc baru-baru ini melaporkan Mat Sabu yang juga Presiden PAN kini berdepan dengan tuntutan muflis selepas gagal membayar hutang untuk satu kes saman fitnah.

Ia melibatkan tuntutan daripada bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan dipetik berkata, notis kebankrapan telah pun disampaikan kepada Mat Sabu pada 3 Febuari lalu, tetapi pemimpin pembangkang itu tidak mematuhinya.

Mat Sabu kemudian meminta bantuan orang ramai mengumpul dana untuk beliau membayar saman itu, namun permintaannya dicemuh ramai pihak termasuk ahli dan penyokong PAS.

Aiman Athirah dalam pada itu mendakwa, orang ramai perlu membantu Mat Sabu kerana beliau merupakan komander perjuangan rakyat menentang kerajaan sejak sekian lama.

Dakwanya, saman bekas Timbalan Pengerusi SPR ke atas Mat Sabu bukanlah suatu yang memalukan ahli PAN kerana rakyat sentiasa bersama Mat Sabu.

“Sebab itu, kita lihat terdapat beberapa kumpulan yang sedang mengambil tanggungjawab untuk mengumpulkan sejumlah RM200,000 bagi memastikan wira rakyat ini terlepas daripada hukuman muflis.

“Percayalah rakyat tidak sekali-kali akan membiarkannya keseorangan menghadapi ujian perjuangan ini. Mat Sabu adalah mewakili rakyat seluruhnya dan beliau kekal sebagai ikon pejuang anak-anak muda Malaysia sepanjang zaman,” katanya.

Justeru, beliau kecewa kerana ada piham memperlekehkan isu saman RM200,000 itu sedangkan Mat Sabu adalah seorang wira rakyat. - MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd