• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Amanah Dakwa Bangsa Melayu Tidak Maju Jika…

oleh Ahmad Albab
03/02/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bangsa Melayu perlu mengenepikan pemikiran cuma kaum Melayu boleh dibenarkan memegang jawatan tertinggi dalam negara sekiranya mahu menjadi sebuah bangsa yang maju.

Naib Ketua Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar berkata, bangsa Melayu perlu meletakkan kepercayaan kepada kaum lain untuk menerajui negara seperti yang berlaku di negara-negara maju.

“Bangsa-bangsa lain yang maju tidak pernah meletakkan kepercayaan membabi buta di atas pemimpin politik mereka walaupun pemimpin politik mereka sama bangsa, agama dan bahasa dengan mereka.

“Kesannya pemimpin mereka silih berganti tapi bangsa mereka semakin maju dan bukan mundur,” dakwanya dalam satu kenyataan media semalam.

Justeru, kata Mohd. Fakhrulrazi, orang Melayu perlu menolak UMNO dan menerima apa sahaja kaum yang akan memimpin mereka demi menjadi sebuah bangsa yang maju.

Beliau turut membuat dakwaan tidak berasas apabila mendakwa kononnya orang Melayu mundur di bawah kepimpinan UMNO selama ini.

“Sudah tiba masanya orang-orang Melayu di Malaysia menukar kepimpinan yang mempunyai lebih jati diri dan amanah di dalam jiwa mereka berbanding pemimpin-pemimpin UMNO,” dakwanya. – mynewshub.cc

Tags: MelayuPAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd