Thursday, May 16, 2024

Creating liberating content

Wan Junaidi Akan Bawa...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata...

Isteri Ezany Nizariff Tampil...

EZANY  Nizariff sebelum ini tampil menceritakan segala kenangan pahit perjuangannya menyelamatkan rumah tangga...

Marquez Kena Penalti 6...

SEPANG – Walaupun mencatatkan masa terbaik, juara MotoGP dunia yang baru, Marc Marquez...

Rasuah: 37 Pegawai, Anggota...

PETALING JAYA: Seramai 37 pegawai dan anggota polis dipercayai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

PAC Sah Bakke Tak Pernah Cakap RM2.6 Bilion Daripada 1MDB

KUALA LUMPUR – Penipuan jentera siber pembangkang nampaknya semakin keterlaluan apabila berterusan memutar belit kenyataan bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd. Bakke Salleh.

Ia susulan penafian beliau berhubung kononnya ada memberitahu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa dana RM2.6 bilion sumbangan bekas Raja Arab Saudi adalah datang daripada akaun 1MDB sendiri.

Malangnya berita palsu itu tidak pula dilaporkan ‘tentera maya’ propembangkang dan mereka sebaliknya cuba mempertikaikan penafian Mohd. Bakke kononnya ia direka sendiri pihak kerajaan bagi membersihkan imej.

Mungkin bosan dengan ‘permainan’ jahat keyboard warriors antikerajaan yang jelas tidak serik, pihak PAC pada Selasa mengesahkan bahawa Mohd. Bakke tidak pernah langsung pun ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Malah PAC yang turut disertai ahli-ahli Parlimen pembangkang menyatakan bahawa Mohd. Bakke tidak pernah sebut dana syarikat pelaburan strategik negara itu telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata fakta itu konsisten dengan pengesahan berulang kali kepada umum yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Sebagai pengerusi PAC, saya memang mengambil maklum dan berasa kesal dengan maklumat salah disiarkan media dan laman sosial, yang telah membuat dakwaan palsu berhubung dengan apa yang dikatakan.

“Ini termasuk ketika sesi pendengaran Mohd. Bakke pada 11 Februari lalu di hadapan PAC yang sengaja cuba diputar belit oleh pihak tidak bertanggung jawab,” tegas Hasan dalam satu kenyataan rasmi pada Selasa.


PAC adalah jawatankuasa Parlimen bersifat bipartisan terdiri daripada ahli-ahli Parlimen yang berpengalaman dari pihak kerajaan dan wakil pembangkang serta sedang menyiasat isu 1MDB secara profesional dan telus.

Siasatan tersebut dilakukan berdasarkan kepada segala bukti berdokumen, temu bual saksi dan hasil daripada pengauditan terperinci dilakukan oleh pihak Jabatan Audit Negara sendiri, jelas Hasan lagi.

Beliau malah berkata bahawa hasil kesimpulan daripada PAC mengenai isu siasatan terhadap 1MDB tersebut apabila selesai kelak akan menjadi satu rekod awam yang turut boleh diakses oleh semua pihak.

“Oleh itu kami menyeru kepada semua pihak supaya segera menghentikan spekulasi yang tidak perlu dan bersabar menunggu laporan rasmi PAC yang akan dibentangkan kepada Parlimen pada Mac 2016,” tambah Hasan.

Pada Isnin, Mohd. Bakke tampil menafikan dakwaan kononnya beliau pernah menyebut wang RM2.6 bilion itu adalah milik daripada syarikat 1MDB sebagaimana disebarkan melalui laman sosial. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori