• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Pegang Tiga Prinsip Kekalkan Beliau Dalam Politik

oleh Ahmad Albab
21/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpegang kepada tiga prinsip sejak melibatkan diri dalam politik 40 tahun lepas, dan tidak akan menghancurkan UMNO yang telah dibina Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Prinsip paling utama yang dipegang adalah perbanyakkan kawan daripada lawan, kata perdana menteri.

“Dalam dewan ini misalnya, Kelab Sahabat N87 yang hadir, sentiasa setia bersama saya selama ini dalam keadaan senang, cemas, tetap bersama saya,” katanya ketika berucap pada majlis tahlil bersempena ’40 Tahun Najib Razak dalam Politik’ di sini, malam Sabtu.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Kelab Sahabat Najib Razak N87 yang terdiri daripada bekas ketua pemuda UMNO sezaman dengan Najib.

Najib menjelaskan beliau juga memegang prinsip tidak pernah bertanding untuk menjatuhkan sesiapa dalam politik.

“Rekod saya dalam setiap pertandingan kalau ada kosong baru saya bertanding, dengan ini saya tidak akan jatuhkan sesiapa,” katanya.

Prinsip ketiga pula adalah tidak pernah membeli undi dalam parti.

“Allahyarham ayahanda saya yang membina UMNO dan saya takkan menjadi anak yang menghancurkan parti,” tegas beliau.

Perdana Menteri berkata biarpun beliau disifatkan penyabar oleh rakan politiknya, namun mengakui kesabaran beliau ada hadnya terhadap mereka yang cuba mencalar kredibiliti kepimpinannya.

“Ya…saya penyabar, saya setuju. Tetapi sabar ada had juga. Jangan fikir saya diam boleh buat sesuka hati, dan jika sudah melebihi had saya akan bertindak tetapi mestilah berdasarkan fakta dan kepentingan kerajaan,” katanya.

Najib juga menyifatkan tiada profesion yang boleh menandingi profesion ahli politik sekiranya berhasrat untuk membantu rakyat dan mengubah masa depan negara.

Terdahulu, Najib menyertai kira-kira 2,000 tetamu dalam majlis tahlil dan bacaan Yasin serta menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

Ia disusuli dengan jamuan malam dan ucapan pengisahan pengalaman bersama Najib oleh Pengerusi Kelab N87 Datuk Seri Suleiman Mohamed dan bekas Ketua Pemuda UMNO Datuk Khalid Yunus.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata sifat Najib yang sangat tenang dan sabar itu amat dikaguminya.

Beliau berkata walaupun banyak tentangan yang dihadapi namun Najib tetap tenang dan akan menyelesaikan setiap masalah dengan sederhana.

“Dia (Najib) memang susah nak marah dan kalau ada sebarang masalah yang dihadapi dia akan menasihati kami,” katanya.

Tengku Adnan juga mendoakan agar Najib dipanjangkan umur dan terus kekal mentadbir negara ini dengan sebaik mungkin.

Annuar pula berkata kejujuran, keikhlasan dan kesabaran Najib amat disegani oleh rakyat dan orang yang bekerja dengannya.

“Beliau (Najib) orang yang begitu penyabar dan beliau tidak akan terburu-buru membuat keputusan dalam menghadapi sesuatu isu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd