• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Akan Pohon Masukkan Kenyataan Menafikan Pembabitan Dalam Isu 1MDB

oleh Ahmad Albab
23/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan permohonan bagi memasukkan dua kenyataan yang menafikan pembabitannya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad dalam tuntutan saman yang dikemukakan terhadap Harakah dan Harakahdaily.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib berkata kenyataan itu adalah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali yang menyatakan Najib tidak terlibat dalam kes salah guna berhubung 1MDB dan dana berjumlah RM2.6 bilion tiada kaitan dengan 1MDB.

“Kami diarahkan oleh perdana menteri untuk meminda writ saman dan pernyataan tuntutan bagi memasukkan kedua-dua kenyataan itu dan mahkamah turut mengarahkan supaya permohonan tersebut difailkan secepat mungkin bagi membolehkan mahkamah mendengar permohonan itu dan memberi perintah selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng .

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam Faiz Fadzil yang mewakili Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakop, yang turut dinamakan sebagai defendan dalam kes saman itu.

Mohd Hafarizam berkata Hakim Hue membayangkan harapan agar pihak-pihak terlibat boleh berbincang dan mencari jalan supaya kes saman itu dapat diselesaikan secara baik.

Katanya mahkamah menetapkan 9 Mac ini sebagai tarikh akhir untuk pengurusan kes tersebut.

Najib memfailkan saman itu pada 18 Mac tahun lepas dengan menamakan Dr Rosli dan ketua editor Harakahdaily Taufek Yahya sebagai defendan berhubung penerbitan artikel yang ditulis oleh Rosli pada 19 Feb tahun lepas berkaitan isu 1MDB.

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan bahawa beliau menyalah guna dana 1MDB.

Najib juga mendakwa Taufek gagal mengamalkan ‘kewartawanan bertanggungjawab’ dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulis Rosli sebelum menerbitkan artikel itu.

Perdana Menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu bagi meneruskan agenda tersendiri untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya selain mendakwa penerbitan artikel itu menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam dalam media sosial dan media massa.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta injunksi untuk menghalang defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan semula artikel berkenaan. – BERNAMA

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd