• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Michelle Yeoh Terima Satu Lagi Anugerah Perancis

oleh Ahmad Albab
15/02/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, antara bintang filem terkemuka Asia, menerima anugerah ‘Officier des Arts et des Lettres‘ daripada kerajaan Perancis hari ini.

Beliau adalah rakyat Malaysia pertama menerima anugerah itu yang disampaikan Duta Perancis ke Malaysia, Christophe Penot, di kedutaan negara itu di sini.

Menurut Penot, Yeoh dipilih Kementerian Kebudayaan Perancis untuk menerima anugerah itu yang diberikan kepada mereka yang menonjol dalam bidang masing-masing, sebagai menghargai sumbangannya kepada industri perfileman.

“Michelle pernah bekerja dengan beberapa pengarah dan pelakon Perancis selain mempromosikan antara jenama terbaik Perancis.

“Atas alasan itu, kerajaan Perancis menghargai kejayaannya sebagai pelakon,” katanya kepada Bernama selepas majlis penyampaian anugerah itu.

Turut hadir, pasangan Yeoh, Datuk Seri Jean Todt dan ibunya, Datin Janet Yeoh.

Pada 2012, Yeoh, 53, menerima anugerah tertinggi awam Perancis, Knight of the Legion of Honour daripada Duta Perancis ke Malaysia ketika itu, Alain du Boispean.

Yeoh, yang dikenali dengan watak gadis James Bond dalam filem ‘Tomorrow Never Dies’ pada 1997 serta aksi hebat kung fu dalam filem ‘Crouching Tiger, Hidden Dragon’, ‘Memoirs of a Geisha‘ dan ‘The Lady‘, turut mencipta nama di Hollywood.

Dilahirkan di Ipoh pada 1962, Yeoh belajar menari dan seni mempertahankan diri sebelum memenangi pertandingan ratu cantik pada 1983 dan kemudian memulakan karier dalam bidang lakonan. – BERNAMA

Tags: Michelle Yeoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perdana Menteri Terima Kunjungan Hormat Michelle Yeoh

Perdana Menteri Terima Kunjungan Hormat Michelle Yeoh

20/04/2023
0

PETALING JAYA : Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar melakukan kunjungan...

Michelle Yeoh Jumpa Peminat Di KL Esok

Michelle Yeoh Jumpa Peminat Di KL Esok

17/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Seperti dijanjikan, bintang Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95, Tan Sri Michelle...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd