• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Laksanakan Inisiatif Pencegahan Penyakit Pasca Banjir

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Kesihatan Melaka akan melaksanakan inisiatif pencegahan penyakit pasca banjir di kawasan terjejas banjir dan pusat pemindahan terlibat bermula hari ini.

Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata aktiviti pencegahan berkenaan melibatkan pemeriksaan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk, semburan racun larva nyamuk dan semburan disinfeksi.

Beliau berkata pelaksanaan secara berperingkat itu bertujuan mengelak penyakit demam denggi, demam kepialu, kolera serta penyakit bawaan air, tikus dan lalat.

Bagaimanapun, penduduk diminta membersihkan rumah mereka bagi memudah dan melancarkan aktiviti pencegahan penyakit dilakukan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Banjir di Melaka semakin pulih apabila hanya satu sahaja pusat pemindahan masih dibuka sehingga 8 pagi ini iaitu di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Alor Gajah yang menempatkan 90 mangsa daripada 23 keluarga.

Mengulas lanjut, Dr Ghazali berkata aktiviti pencegahan penyakit itu akan melibatkan tiga pejabat kesihatan daerah iaitu Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah dan Pejabat Kesihatan Daerah Jasin mengikut kawasan terlibat.

Beliau berkata pada masa sama, penduduk yang terjejas dengan banjir dan mengalami masalah kesihatan dinasihat mendapatkan rawatan atau merujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

Katanya Jabatan Kesihatan telah menempatkan pegawai dan kakitangannya di pusat pemindahan yang menempatkan mangsa banjir di negeri itu bagi memantau keadaan dan kesihatan mereka yang terlibat denhan bencana itu.

“Jabatan kesihatan akan sentiasa memberikan perkhidmatan kepada rakyat terutama mangsa banjir dan kita bersedia sekiranya diperlukan di mana sahaja,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]iiFyWRBlyL4[/wpdevart_youtube]

 

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd