Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

PRU15: Anwar Beri Jaminan...

KUALA LUMPUR : Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan...

AI Bolehkan Penuntut IPT...

Kuala Lumpur : Penuntut institusi pengajian tinggi bakal mendapat akses kepada maklumat serta...

TMJ Dilantik Penaung Diraja...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah berkenan...

Tapak Pelupusan Sanitari Sungai...

MELAKA - Kapasiti Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang di sini yang juga satu-satunya...

Mayat Lelaki Mangsa Bunuh Ditemui Di Lombong Dekat Unisel

KUALA SELANGOR – Mayat seorang lelaki, yang dipercayai dibunuh, ditemui di sebuah lombong tinggal berhampiran Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ruslan Abdullah berkata mayat itu dijumpai oleh sekumpulan orang awam yang sedang memancing di lombong berkenaan pada kira-kira 6.50 petang semalam.

“Mayat dibungkus dengan guni plastik dari kepala hingga ke pinggang manakala tangan dan kakinya diikat ke sebatang besi dengan mengunakan dawai.

“Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai dibunuh empat hari lepas. Tiada kad pengenalan atau dokumen identiti mangsa ditemui,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam tadi.

Mayat itu dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat.

Beliau juga meminta sesiapa yang mempunyai maklumat atau kehilangan anggota keluarga supaya tampil membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori