Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Hidupkan Semula...

MAKKAH - Kementerian Haji dan Umrah sedang melakukan persiapan akhir untuk projek yang...

Bot Hilang: 4 Kapal,...

KOTA KINABALU - Operasi mengesan sebuah bot katamaran membawa 31 orang termasuk 28...

Coronavirus: Udara Dalam Pesawat...

KUALA LUMPUR - Sistem pengudaraan yang baik dalam pesawat menyebabkan risiko jangkitan novel...

Tak Sedar Sebenarnya 4...

BAYANGKAN, hampir empat tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, tiba-tiba mengetahui si...

Mayat Lelaki Di Bestari Jaya Maut Akibat Pukulan Di Kepala

SHAH ALAM – Lelaki yang ditemui mati di sebuah lombong tinggal berhampiran Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya petang semalam dipercayai mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ruslan Abdullah berkata bedah siasat ke atas mayat lelaki itu mendapati mangsa mati kerana kecederaan parah di kepala akibat dipukul dengan senjata tumpul.

Identiti mangsa masih belum lagi dikenal pasti, namun mangsa dianggarkan berumur sekitar 25 tahun, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mayat Lelaki Mangsa Bunuh Ditemui Di Lombong Dekat Unisel

Semalam sekumpulan orang awam yang sedang memancing di lombong berkenaan gempar apabila menemui mayat yang dibungkus dengan guni plastik kira-kira jam 6.50 petang.

Tangan dan kaki mangsa didapati diikat pada sebatang besi dengan menggunakan dawai.


Ruslan turut meminta agar sesiapa yang mempunyai maklumat atau kehilangan anggota keluarga supaya tampil membantu siasatan. Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]50MFd-CMfUE[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori