• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marah Tidak Naik Gaji, Juruwang Curi Barangan Di Tempat Kerja

oleh Ahmad Albab
24/02/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas juruwang memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia mencuri di tempat kerjanya kerana tidak berpuas hati terhadap majikan yang tidak menaikkan gaji dan memberikan komisen kepadanya.

“Saya tak berpuas hati dengan syarikat. Saya kerja dah lama tetapi dia kurangkan gaji, tak ada bagi komisen, tak ada naikkan gaji saya,” kata Siti Harmoni Mohamed Noor, 25, ketika menjawab soalan Majistret Muhamad Faizal Ismail mengenai punca perbuatannya itu.

Beliau kemudian bertanya kepada tertuduh sama ada tindakannya itu berbaloi, namun ibu seorang anak itu hanya mendiamkan diri.

“Awak tak puas hati dengan majikan, awak buat macam ini. Awak makin senang ke susah sekarang ini. Fikir dahulu sebelum buat…ingat, jangan buat sampai bila-bila,” katanya.

Beliau kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM300 terhadap Siti Harmoni yang mengaku bersalah mencuri kasut kanak-kanak dan pakaian yang kesemuanya bernilai RM264 di sebuah kedai pakaian di Tingkat 1, Mid Valley di sini pada 7 petang, 18 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga hari jika gagal membayar denda itu.

Berdasarkan fakta kes, rakan sekerja tertuduh telah melihat tertuduh mengambil kasut dan pakaian dan meletakkannya di bawah kaunter juruwang sebelum seorang individu lain datang mengambil barangan itu dan keluar tanpa membuat bayaran.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar. – BERNAMA

Tags: Kes Curipekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd