• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA Tak Akan Hentikan Biasiswa Kepada Pelajar Tajaannya

oleh Ahmad Albab
06/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan menghentikan biasiswa kepada pelajar tajaannya di luar negara walaupun negara berdepan cabaran ekonomi ketika ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata walaupun peruntukan pendidikan MARA berkurangan sebanyak RM0.4 bilion iaitu RM1.7 bilion pada tahun ini berbanding RM2.1 bilion pada 2015, namun  agensi berkenaan akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi menampung keperluan itu.

“Kita akan memastikan pelajar yang kita taja ini akan menamatkan pengajian mereka dan mendapat kemudahan-kemudahan seperti biasa sehinggalah tamat pengajian mereka,” katanya selepas merasmikan kursus kepimpinan pelajar anjuran Himpunan Mahasiswa Kelantan (Himsak) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden Himsak Datuk Faizal Daud dan Naib Canselor UMK Datuk Dr Mortaza Mohamed.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata antara langkah yang diambil bagi mencukupkan peruntukan pendidikan termasuklah menghentikan sementara pinjaman perniagaan kepada usahawan.

Beliau turut menolak dakwaan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang menuduh Mara kononnya ‘melupakan’ tanggungjawab mereka untuk membantu golongan Bumiputera dalam bidang keusahawanan susulan tindakan itu.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru peminjam pendidikan Mara untuk membayar balik pinjaman mereka bagi memberi peluang kepada orang lain untuk mendapatkan bantuan pendidikan.

“Yang dah berjaya, tapi tak bayar lagi pinjaman ini, kena lakukan sesuatu sebab seolah-olah kita menidakkan hak anak-anak kita, adik-adik kita untuk dapatkan kemudahan pinjaman ini,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]u8OaqrL53LM[/wpdevart_youtube]

Tags: MARA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd