• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Perlu Daftar Di Pusat Pemindahan – Shahidan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan perlu memastikan mereka mendaftarkan diri agar segala bantuan termasuk pemberian wang ihsan dapat disalurkan dengan sewajarnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata pendaftaran itu perlu bagi memastikan tidak timbul masalah dalam pengagihan bantuan kepada mangsa, pada masa akan datang.

“Insya-Allah sumbangan wang ihsan kita akan beri kemudian cuma saya nak pesan di sini, supaya mereka yang berpindah mendaftar sebab kita tidak boleh berdasarkan cuma dengan cakap…kena tulis dalam buku pendaftaran.

“Jadi sekiranya mereka duduk dalam kawasan banjir berpindah ke tempat lain mereka kena daftar,” katanya dalam sidang media di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Matu Baru di sini, pagi ini.

Shahidan yang tiba di Kuching pada 12.25 tengah malam tadi melawat pusat pemindahan berkenaan yang menempatkan sejumlah 499 orang mangsa daripada keluarga 125 keluarga.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Datuk Ogu Salim Omar, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar dan Timbalan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Zahari Alias.

Mengulas lanjut, Shahidan berpuas hati dengan respons pasukan menyelamat yang bertindak pantas sepanjang kejadian banjir di Kuching, Bau dan Serian yang berlaku ketika ini.

Beliau berkata selain bersiap siaga, pasukan menyelamat akan memastikan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan dijaga dengan baik.

“Mengenai aset menghadapi banjir, setakat ini tiada masalah. Saya akan berada di Sarawak beberapa hari ini untuk menyelaras perpindahan serta bantuan bencana sementara bantuan wang ihsan diberikan,” katanya.

Shahidan berkata sebagai menteri bertanggungjawab menguruskan bencana, beliau akan memastikan perpindahan serta kebajikan mangsa di pusat pemindahan dijaga dengan baik. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]WF_ttDfONrE[/wpdevart_youtube]

Tags: BanjirShahidan Kassim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd