KUCHING – Jumlah mangsa banjir di daerah Kuching dan Bau meningkat kepada 2,679 orang setakat 5 petang ini, berbanding 2,501 mangsa tengah hari tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata 14 pusat pemindahan dibuka di daerah Kuching dan lima pusat pemindahan dibuka di daerah Bau.
“Mereka terdiri daripada 694 keluarga,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu tinjauan Bernama di Kampung Batu Kitang mendapati anggota bomba memantau paras air di sungai berdekatan kampung itu. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]RBLmWEs-hWo[/wpdevart_youtube]

