• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Melaka, N. Sembilan Terus Meningkat Petang Ini

oleh Ahmad Albab
07/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jumlah mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 4,382 orang daripada 968 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 3,092 orang daripada 670 keluarga pada 12 tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata empat pusat pemindahan baharu dibuka di Melaka Tengah dan Alor Gajah manakala Balai Raya Asahan di Jasin ditutup petang ini menjadikan keseluruhan 16 pusat pemindahan aktif di negeri ini.

Katanya pusat pemindahan baharu itu ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Malim, Sekolah Rendah Agama Bertam Malim dan Kompleks Penghulu Tampoi di Melaka Tengah dan Sekolah Kebangsaan Gangsa di Alor Gajah.

“Melaka Tengah masih mencatatkan bilangan mangsa banjir paling ramai iaitu 2,720 orang di enam pusat pemindahan diikuti Alor Gajah seramai 1,615 orang di lapan pusat pemindahan dan Jasin sebanyak 47 orang di dua pusat pemindahan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Justeru, Effendy menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini ketika musim banjir ini.

Cuaca di Melaka mendung dengan hujan sekejap-sekejap di beberapa kawasan di Melaka Tengah dan Alor Gajah.

Sementara itu, di SEREMBAN jumlah mangsa banjir di Negeri Sembilan kembali meningkat kepada 666 orang daripada 177 keluarga petang ini berbanding 648 orang daripada 158 keluarga tengah hari tadi.

Pengarah JPAM Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Kamal Mokhtar dalam satu kenyataan di sini berkata setakat pukul empat petang ini, enam pusat pemindahan dibuka di daerah Tampin.

Sejumlah 594 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (F) Sungai Kelamah; Masjid Sungai Dua (22 orang); Balai Raya Parit Buloh, Air Kuning (16 orang); Balai Raya Sungai Kelamah (18 orang); Sekolah Kebangsaan Ladang, Gemas (empat orang) dan Sekolah Kebangsaan Kampong Ladang (12 orang).

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]QCvV6cOvrp0[/wpdevart_youtube]

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd