• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Jangan Terpedaya ‘Ejen’ Daftar Pati – Imigresen

oleh Ahmad Albab
15/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen menasihatkan majikan supaya tidak terpedaya dengan pihak yang mendakwa mereka sebagai ejen bagi Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) yang bermula Isnin.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu akan mengenakan bayaran ‘tambahan’ tertentu untuk mendaftar pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen sah.

“Tiada individu yang dilantik sebagai orang tengah bagi mendaftar pekerja asing mereka dalam program ini.

“Majikan dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan-iklan yang menawarkan khidmat ejen bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku,” katanya kepada mStar Online.

Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) akan dilaksanakan sehingga 31 Disember ini secara dalam talian melalui portal www.rehiring.imi.gov.my.

Sakib berkata, isu majikan ditipu ‘ejen’ bukan perkara baharu kerana sebelum ini pernah berlaku dalam permohonan memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Program Serah Diri Sukarela atau lebih dikenali sebagai program 3+1.

Beliau menambah, kesannya kepada majikan bukan sahaja akan dikenakan caj berlebihan, malah turut berlaku penipuan lain sepanjang proses menggunakan ejen tidak dilantik itu.

“Majikan dinasihatkan supaya berwaspada, sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi bilik gerakan Jabatan Imigresen,” katanya mengenai bilik gerakan yang beroperasi setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 11 malam melalui talian 03-88801555.

Mengenai program penggajian dan penempatan semula Pati yang bermula Isnin, Sakib berkata, pihaknya dapat menjangkakan ramai majikan akan membuat pendaftaran untuk pekerja mereka.

“Ia mungkin akan menyebabkan kesesakan dalam talian. Kita akan berusaha menangani perkara ini bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Pada masa sama, kita minta majikan supaya bersabar sekiranya terdapat masalah kesesakan dalam talian,” katanya.

Ditanya berapa ramai pekerja yang dijangka didaftarkan, Sakib berkata, tiada perangkaan awal tetapi ‘sejumlah besar’ daripada anggaran pekerja asing tidak mempunyai dokumen sah seramai dua juta orang di negara ini.

Tambah Sakib, Jabatan Imigresen menyediakan kemudahan pendaftaran secara dalam talian di ibu pejabat di Putrajaya dan cawangan di Wangsa Maju, yang dilaksanakan sementara sebagai peringkat pengenalan.

“Pendaftaran masih secara ‘online’ (dalam talian). Tetapi kita membantu untuk memudahkan majikan mendaftar,” katanya sambil menambah kemudahan berkenaan akan diperluaskan ke beberapa cawangan imigresen di wilayah utara, selatan dan pantai timur.

Pada Ahad, mStar Online melaporkan kos minimum yang ditanggung majikan menerusi program ini melibatkan caj sebanyak RM1,200 bagi setiap warga asing tidak sah.

Ia meliputi caj pendaftaran sebanyak RM800 dan caj perkhidmatan RM400. Bagaimanapun, caj-caj ini tidak dikenakan oleh Jabatan Imigresen tetapi ditetapkan vendor-vendor yang dilantik Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut KDN dalam satu kenyataan, program ini bertujuan memberi peluang kepada Pati yang bekerja secara haram di negara ini diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan, akan dipantau ketat. – mStar Online

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd