• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Sasar Kutipan Cukai Lebih RM1 Bilion Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan untuk meraih kutipan cukai lebih RM1 bilion tahun ini berikutan pengurangan penalti terhadap pembayar cukai sepertimana diumumkan dalam pengubahsuaian Bajet 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata kutipan cukai bagi tahun lepas mencecah hampir RM1 bilion.

“Kita turut memberi kelonggaran sama pada tahun lepas dan berusaha dalam skala kecil. Namun, bagi tahun ini, kita akan melipatgandakan usaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar separuh hari bertajuk ‘Setahun Bagi Cukai Akhir : Isu dan Cabaran’ anjuran bersama LHDN dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) di sini, hari ini.

LHDN baru-baru ini mengumumkan pengurangan penalti terhadap pembayar cukai yang membuat pengakuan secara sukarela bagi tempoh antara 1 Mac hingga 15 Dis, 2016.

Pengurangan itu bagi pembayar cukai yang masih belum mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) atau Borang Nyata Petroleum (BNP) bagi tahun ke belakang serta mereka yang mahu melaporkan maklumat tepat dalam borang yang dihantar sebelum ini.

Ia susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Jan lepas mengenai kelonggaran penalti ke atas pembayar cukai bagi menggalakkan mereka tampil secara sukarela melaporkan pendapatan bagi tahun-tahun sebelum ini.

Selain itu, Mohd Shukor berkata pihaknya akan turut membantu pembayar cukai yang terjejas akibat cabaran ekonomi semasa.

Namun, tegasnya, mereka masih perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan LHDN.

Mengulas laporan bahawa kelompok pengelak cukai yang tinggi merangkumi profesional seperti peguam, doktor dan artis, beliau berkata mereka sememangnya menjadi sasaran agensi itu pada tahun ini.

“Setiap profesional adalah dalam pemantauan kita. Mereka ini dikenali ramai dan sebagai golongan profesional, mereka perlu berperanan sebagai pembayar cukai yang baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: CukaiLHDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Wee La Siong mendakwa bil elektrik semakin mahal yang turut dirasai oleh rakyat Johor ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd