• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ugut Letupkan Kediaman Perdana Menteri Direman 5 Hari

oleh Ahmad Albab
16/02/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mengeluarkan kenyataan mengugut untuk meletupkan kediaman Perdana Menteri dalam laman Facebook miliknya, ditahan reman lima hari bermula Jumaat.

Menurut laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 130G Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihubungi Bernama pada Sabtu mengesahkan suspek itu ditahan di rumahnya di Parit Buntar, Perak.

Suspek berusia 28 tahun itu telah memuat naik status berkenaan pada 4 Februari lepas.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya memandang serius ugutan yang dilakukan individu berkenaan dan mengesan pemilik akaun itu untuk membantu siasatan.

Di IPOH, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah/Operasi Perak, ACP Fadzil Ahmat berkata lelaki berkenaan ditahan di rumahnya pada 4.30 petang Jumaat.

Beliau berkata siasatan kes itu dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5 Bukit Aman). – BERNAMA

Tags: PDRMUgut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd