• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 1,000 saman JPJ Di N.Sembilan Ketika Tahun Baru Cina

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan sebanyak 1,116 saman pelbagai kesalahan dalam operasi dua minggu sempena sambutan Tahun Baharu Cina, bermula 1 Feb lepas.

Penolong Pengarah (Bahagian Penguatkuasa) Rosilan Md Saari berkata operasi yang dijalankan sebanyak empat siri itu meliputi sekatan jalan raya, penyamaran anggota dan penyamaran bergambar.

Katanya, bagi operasi bersepadu dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen dan Kastam, sebanyak 470 saman dikeluarkan antaranya membabitkan kesalahan tiada cukai jalan dan insurans kenderaan serta tiada lesen memandu.

“Selain itu, sebanyak 21 kenderaan disita iaitu 18 motosikal, dua kereta dan sebuah lori.

“Bagi penyamaran anggota JPJ (sebagai penumpang bas ekspres) sehingga ke destinasi, sebanyak 90 saman dikeluarkan antaranya menggunakan telefon bimbit, memakai selipar, merokok dan memandu di lorong kanan,” katanya kepada pemberita dalam operasi di sini, malam tadi.

Rosilan berkata bagi operasi penyamaran bergambar, iaitu kesalahan dikesan oleh anggota yang ditempatkan di beberapa persimpangan lampu isyarat, sebanyak 556 saman dikeluarkan.

“Antara kesalahanya ialah memandu di lorong kecemasan, tidak memakai topi keledar dan membuat pusingan U secara haram,” katanya.

Bagi Imigresen, daripada 100 warga asing yang diperiksa sepanjang operasi berkenaan, sebanyak 18 ditahan kerana kesalahan tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan sah, katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan Penguatkuasaan AADK Negeri Sembilan Mohamad Salleh Abdul Ghani berkata daripada 512 saringan yang dijalankan, sebanyak 50 positif dadah jenis ganja, Benzo, Amphetamine, Methamphetamine dan morfin.

“Kesemua mereka berusia antara 19 dan 60 tahun. Sementara itu, saringan terhadap pemandu bas ekspres didapati negatif,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPJsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd