• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KRT Di Sabah Disaran Jana Pendapatan Sendiri – Kurup

oleh Ahmad Albab
26/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANAU, – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Sabah harus berupaya menjana dan meningkatkan ekonomi masing-masing tanpa bergantung bantuan daripada kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata kerajaan berhasrat untuk melahirkan masyarakat usahawan yang mempunyai inisiatif dan kreativiti dalam memperkasakan ekonomi KRT.

“Sebagai contoh, ekonomi dapat dijana melalui penghasilan produk tempatan yang bermutu serta berkualiti tinggi dengan menggunakan jenama tersendiri,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Awal Tahun 2016 KRT Daerah Ranau/Kundasang dan Pengiktirafan Projek Inovasi Baja Kompas serta Pelancaran Tamu Mingguan KRT Ranau, anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di sini Jumaat.

Pada majlis berkenaan, Kurup turut melancarkan dua projek ekonomi KRT daerah Ranau iaitu pengiktirafan baja Kompas jenama “Tosonong” dan Tamu KRT Ranau.

Beliau berkata inisiatif KRT Ranau itu merupakan tindakan yang sangat berkesan dan perlu dicontohi oleh semua KRT di seluruh Sabah bagi menghadapi cabaran kos sara hidup yang kian meningkat.

“Kita memuji semangat yang ditunjukkan KRT Ranau dan Kundasang yang sentiasa berusaha untuk membangunkan ekonomi masing-masing.

Pada masa sama, Kurup menyeru agar setiap jawatankuasa KRT di negeri ini lebih aktif dalam melaksanakan program dan aktiviti kemasyarakatan di kawasan masing-masing.

Sementara itu, Pengarah JPNIN Sabah Delin Liet Blaun berkata inisiatif yang dilakukan KRT Ranau dan Kundasang itu selaras dengan saranan yang diutarakan Kurup sebelum ini untuk melahirkan KRT berinovasi, keratif dan berdaya maju.

“Pengiktirafan baja kompas “Tosonong” merupakan satu projek komuniti yang diusahakan secara bersama KRT Marakau dan kita berharap lebih banyak lagi KRT menerokai sesuatu yang baharu,” katanya.

Beliau berkata, projek Tamu KRT Ranau pula akan dilaksanakan di sebuah tapak di Liwagu berhampiran pekan Ranau dan akan beroperasi setiap Ahad, bermula 7 pagi hingga 4 petang. – BERNAMA

Tags: Joseph KurupKRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KRT & SRS Ejen Kepada Perpaduan Negara

04/12/2018
0

TANAH MERAH - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan mahu Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarelawan...

KRT Kekal Bawah Pentadbiran Kerajaan PH – Khalid

02/09/2018
0

SHAH ALAM - Program Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan terus dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd