• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KRT Kekal Bawah Pentadbiran Kerajaan PH – Khalid

oleh Ahmad Albab
02/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Program Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan terus dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana telah terbukti berkesan dalam menjaga keselamatan di samping memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata walaupun pemerintahan kerajaan pusat telah bertukar, bukan semua program yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu akan dibatalkan.

“Perkara yang ok dan baik dalam pentadbiran yang lama akan kami kekalkan dan ditambah baik agar matlamat seperti mana ia ditubuhkan akan tercapai dengan lebih berkesan.

“Anggota KRT seluruh negara jangan rasa selepas diambil alih kerajaan baharu akan mansuh semua ini, selagi mana ia satu jentera dan wadah yang mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama tanpa mengambil kira politik kepartian masing-masing, ia akan mendapat sokongan padu daripada kerajaan PH,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan KRT Rumah Teres Fasa 1, Seksyen 9 di sini. hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Baharin Idris.

Khalid yang juga Anggota Parlimen Shah Alam berkata beliau akan membantu mana-mana KRT di kawasan Parlimen berkenaan yang memerlukan bantuan.

“Dulu kita (Parlimen Shah Alam) tidak mendapat peruntukan tapi sekarang kita sebagai ahli Parlimen sudah mendapat peruntukan, saya akan buat sumbangan kepada semua KRT di kawasan saya sebagai galakan untuk mereka bergerak lebih aktif,” katanya.

Sementara itu Pengerusi KRT Rumah Teres Fasa 1, Seksyen 9, Aznul Affendi Hasan Basri berkata idea penubuhan KRT berkenaan timbul selepas pelbagai kejadian jenayah berlaku di kawasan perumahan tersebut.

“Sebelum adanya KRT ini macam-macam jenayah jadi di sini, pecah rumah, curi kereta dan pecah kereta, hampir setiap bulan mesti ada satu kejadian jenayah berlaku.

“Selepas itu kami penduduk di kawasan ini bersepakat untuk menubuhkan KRT dan melakukan rondaan berkala. Alhamdullilah sejak penubuhan KRT ini tahun lepas, tiada lagi kes jenayah berlaku hasil kerjasama erat penduduk kawasan ini dengan pihak polis,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaan PHKRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dedah Mengapa Beliau Tidak Lagi Dapat Pertahan Kerajaan PH

Azmin Dedah Mengapa Beliau Tidak Lagi Dapat Pertahan Kerajaan PH

30/10/2022
0

GOMBAK : Langkah Sheraton yang digerakkan pada penghujung Februari 2020 menyaksikan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri...

Kesilapan Kerajaan PH Punca Waris Sultan Sulu Tuntut Pampasan

15/03/2022
0

SHAH ALAM – Kerajaan harus menyiasat punca dan mengambil tindakan segera atau kedaulatan negara boleh tergadai sekiranya isu mengenai tuntutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd