• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konstabel Polis Didakwa Terima & Minta Rasuah Babitkan RM2,400

oleh Ahmad Albab
29/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang konstabel polis hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima dan meminta suapan daripada seorang wanita membabitkan jumlah RM2,400, dua tahun lepas.

Tertuduh Mohammed Noriskand Othman, 30, yang bertugas di Balai Polis Kuah, Langkawi bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan selepas jurubahasa membacakan tiga pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh pada 14 Jun 2014, pada pukul 8.30 pagi di pondok bit jeti Kuah, Langkawi, didakwa secara rasuah menerima suapan wang tunai sebanyak RM100 daripada seorang wanita sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang ketika itu disyaki membawa daun ketum.

Untuk pertuduhan kedua, Mohammed Noriskand pada tarikh, masa dan tempat yang sama didakwa secara rasuah meminta suapan wang tunai sebanyak RM2,000 daripada wanita itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kerana disyaki membawa daun ketum.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Tertuduh juga turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu pada tarikh yang sama pada pukul 5.40 petang di Restoran Nasi Kandar A. Ajmal, Jalan Padang Gaong, Langkawi telah secara rasuah untuk memperolehi suapan daripada wanita itu sebanyak RM300 untuk dorongan tidak mengambil tindakan atas kesalahan yang sama.

Atas kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Seksyen 24(1) akta itu memperuntukkan hukum penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Zainol Rashid Hussain kemudiannya menetapkan 30 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan juga bagi membolehkan tertuduh mendapatkan peguam bela.

Zainol Rashid juga menetapkan jaminan sebanyak RM7,500 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, A. Hafiizh Abu Bakar. – BERNAMA

Tags: polisrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd