• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kongres Rakyat Desak K’jaan P.Pinang Tangani Lambakan Rumah Urut – PAS

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kongres Rakyat Pulau Pinang anjuran PAS hari ini mengeluarkan resolusi mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang menangani kewujudan pusat-pusat hiburan, rumah urut, kegiatan maksiat dan gengsterism yang semakin pesat di negeri itu.

Pengarah Kongres Rakyat Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, kongres itu turut mengeluarkan resolusi menggesa kerajaan negeri itu memainkan peranan untuk membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup terutama pekerja dalam sektor industri.

“Kongres juga memberi perhatian terhadap pembelaan hak dan tanggungjawab kepada peniaga-peniaga Melayu dalam mengurangkan jurang ekonomi dan penindasan serta menyediakan peluang perniagaan yang sama terhadap semua kaum demi melahirkan Pulau Pinang yang adil untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Yusni berkata, Kongres Rakyat Pulau Pinang turut mengeluarkan resolusi mendesak kerajaan negeri nemastikan sumber negeri itu diurus dengan berkesan dan menghindari pembangunan yang menjejaskan kualiti alam sekitar.

Katanya, resolusi menuntut kerajaan DAP Pulau Pinang meneliti segala dasar dengan mengambil kira faktor ekonomi semasa dan kepentingan rakyat berkaitan sumber air, hasil laut serta sektor perikanan bagi mengelak dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, kongres berkenaan turut meminta kerajaan DAP Pulau Pinang mentadbir urus negeri itu dengan amanah dan berintegriti demi kebajikan rakyat serta mengekang segala amalan rasuah, salah guna kuasa dan pembaziran wang awam.

Jelas beliau, kerajaan DAP Pulau Pinang perlu menginsafi rakyat mempunyai hak untuk bersuara dan menegur pemerintah yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan menuntut supaya salah pentadbiran kerajaan diperbaiki. – mynewshub.cc

Tags: PASPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd