KUALA LUMPUR – Pengurus Kedah FA, Shafarizam Baderon menyeru rakyat Kedah supaya memilih Cosmic Express jika mahu menggunakan perkhidmatan bas ekspres.
Kata beliau, langkah itu sebagai satu bentuk sokongan kepada syarikat tersebut yang menaja bas ekspres untuk kegunaan pegawai dan pemain pasukan berkenaan.
“Kita perlu beritahu kepada semua kalau nak ke Kuala Lumpur gunalah perkhidmatan Cosmic Express kerana ia sebuah syarikat milik anak jati Kedah yang menaja Kedah FA.
“Ada sebanyak 49 buah bas dan kita bangga dengan Datuk Abu Hasan (pemilik Cosmic Express). Terima kasih kerana menaja Kedah FA supaya setanding dengan pasukan lain,” katanya seperti dilaporkan laman Facebook rasmi Kedah FA hari ini.
Sementara itu, jurulatih Kedah FA, Tan Cheng Hoe berkata, beliau yakin lebih banyak penaja akan tampil menaja skuad Hijau Kuning jika pasukan berkenaan mempamerkan prestasi yang baik musim ini.
Kenyataan Shafarizam dan Cheng Hoe itu sekali gus menafikan propaganda penyokong bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan penyokong pembangkang di media sosial mengenai Kedah FA.
Mereka sebelum ini menyebarkan propaganda di media sosial kononnya Kedah FA akan mengalami musim suram tahun ini kerana ramai penaja pasukan itu termasuk Cosmic Express akan menarik diri selepas Mukhriz melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA). – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]MQwgsoAnSVQ[/wpdevart_youtube]