Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Masalah Tapak Untuk Rumah...

TELUK INTAN - Masalah mencari tapak yang sesuai bagi pembinaan Projek Perumahan Rakyat...

SRC International, Dana ‘RM2.6b’:...

PUTRAJAYA - Tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib...

DAP Peralat PKR Untuk...

KOTA BHARU - PAS mendakwa DAP berjaya memperalatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk...

14 Syarikat Dibatal Lesen...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 syarikat pelancongan dan pengendali umrah serta ziarah dibatalkan...

Kebakaran: MB Perlis Temani Anak Mangsa Beli Pakaian Sekolah

KANGAR – Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man hari ini membawa anak-anak mangsa kebakaran Taman Pelangi, Bukit Tok Po di Kuala Perlis membeli pakaian dan keperluan sekolah di sini.

Beliau mengiringi 19 murid dari 15 keluarga itu menaiki myBAS dari Kuala Perlis ke sebuah pasar raya di bandar ini untuk membeli keperluan itu tengah hari tadi.

Selain wang tunai, kerajaan negeri Perlis juga meyediakan baucer bagi tujuan pembelian itu, kata Azlan selepas membeli belah dengan kanak-kanak itu.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Ahad lepas, kebakaran itu memusnahkan 20 buah rumah di Taman Pelangi yang menyebabkan kesemua 15 keluarga itu tinggal sehelai sepinggang. Mereka kini ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis.


Azlan juga berkata penempatan sementara mangsa kebakaran itu akan diselesaikan dalam masa dua tiga hari lagi.

Mengenai bantuan kepada mangsa, beliau berkata kerajaan negeri hanya menyelaraskan bantuan agensi-agensi kerajaan manakala orang ramai dan badan bukan kerajaan bebas memberi sumbangan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]3DHDjdBsmvw[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori