• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Kenderaan Di Lebuh Raya Plus Meningkat 10% Petang Tadi

oleh Ahmad Albab
05/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) meningkat sehingga 10 peratus petang ini berikutan orang ramai mula meninggalkan pusat bandar sempena perayaan Tahun Baharu Cina minggu depan.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata kenderaan bagi arah utara dilapor semakin bertambah dari Slim River ke Sungkai dan Tapah menuju ke Gopeng, manakala trafik juga perlahan dari Gurun ke Sungai Petani akibat kemalangan kecil di KM89.3 lebuh raya berkenaan.

“Bagi Lebuhraya PLUS arah Selatan, laluan dari Nilai ke Bandar Ainsdale di KM279.0 turut berlaku kemalangan dan trafik dilaporkan bergerak perlahan sepanjang satu kilometer,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan trafik ke arah Pantai Timur (LPT) sesak dari Karak menuju ke Lanchang susulan sebuah kereta terbakar di KM95.0 yang menghalang lorong kiri dan kanan.

“Usaha mengalihkan kenderaan telah selesai namun kenderaan masih bergerak perlahan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]QhYcuks5lWQ[/wpdevart_youtube]

Tags: aliran trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd