Sample Page Title

KUALA NERANG – Jemaah Pemangku Sultan telah memperkenan senarai baharu Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Kedah, yang dijadual mengangkat sumpah jawatan itu pada Isnin ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini berkata senarai itu dipersembahkan kepada Jemaah Pemangku Sultan pada Rabu lepas semasa beliau menghadiri Mesyuarat Ke-240 Majlis Raja-raja di Kuala Lumpur.

“…bagaimanapun, senarai nama itu akan hanya diketahui pada 22 Feb (Isnin) ini… anda semua tunggulah pada tarikh itu (untuk mengetahuinya),” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah di Padang Kerasak, Naka di sini, yang terbakar pada Ahad lepas.

Majlis mengangkat sumpah exco dan pengurniaan tauliah pelantikan itu dijadual berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini, di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Mengenai kebakaran sekolah itu, Ahmad Bashah berkata beliau akan meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik kerajaan negeri supaya membantu membangunkan semula sekolah agama itu.

“Kerajaan negeri telah memberikan bantuan segera sebanyak RM100,000 dan pihak-pihak lain juga ada membantu. Saya akan mengarahkan syarikat-syarikat GLC untuk turun tengok dan bantu,” katanya.


Beliau berkata apa yang penting adalah melihat pelajar-pelajar itu dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa.

Dalam kebakaran kira-kira 5 petang itu, beberapa blok bangunan termasuk asrama lelaki musnah dalam kebakaran itu yang mengakibatkan kerugian lebih RM1 juta.

Kesemua 200 pelajar selamat dalam kebakaran itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]bRGw4uZEbUk[/wpdevart_youtube]

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Armizan Letak MA63 Sebagai Antara Agenda Utama

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian...

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee...

Tubuh Segera RCI Siasat Perbelanjaan RM600 Bilion – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti Meroyan, Belajar Hormati Keputusan Agong

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Gempa Bumi Landa Jawa Barat, Tiada Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari...

Harap Tok Mat Selesaikan Isu Kebajikan Veteran Tentera

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman...