• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakarta Dilanda Banjir

oleh Ahmad Albab
26/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Hujan lebat sejak semalam sehingga pagi ini, mengakibatkan beberapa kawasan di Jakarta dan sekitarnya dinaiki air.

Siaran berita televisyen tempatan melaporkan, 10 laluan jalan di bandar raya termasuk Jalan Sudirman, Jalan Kalianda Raya dan Jalan Raya Cengkerang digenangi air antara 15 sentimeter dan 40 sentimeter.

Menurut kenyataan media Unit Trafik Polis Daerah Jakarta yang disiarkan media dalam talian tempatan, kejadian banjir berkenaan, menyebabkan trafik sesak teruk berikutan beberapa jalan ditutup kepada kenderaan.

Selain di ibu kota, beberapa kawasan utama di Jakarta Utara termasuk Jalan Hybrida hingga Sport Mall Kelapa Gading dan Jalan Boulevard Raya di Kelapa Gading turut dinaiki air sedalam hampir 1 meter.

Di Jakarta Barat pula, banjir mulai melanda beberapa kawasan termasuk di hadapan Universitas Trisakti dan Jalan Daan Mogot dari arah Grogol yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) meramalkan cuaca hujan di Jakarta dijangka berterusan sehingga akhir Mac ini. – BERNAMA

Tags: BanjirJakarta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd