• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayda Tepis Berita Palsu Yang Tersebar

oleh AK-47
01/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA angin mahupun ribut, tiba-tiba ada berita mengatakan Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada binti Jebat kritikal tersebar menerusi laman sosial.

Ayda ternyata terkejut dengan penyebaran berita mengatakan beliau cedera teruk dan kritikal dalam satu kemalangan yang disebarkan melalui laman Facebook.

Capture

Tidak diketahui siapa yang punya angkara yang menyebarkan berita sedemikan, mempermainkan sesuatu yang sangat serius seperti ajal dan maut bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh-temeh.

Sudah jadi asam garam dunia arits, seandainya sepi tanpa sebarang gosip atau cerita sensasi, ada-ada sahaja golongan yang akan canang cerita yang entah dari mana sumbernya dan kisah-kisah lampau diungkit demi meraih populariti murahan daripada netizen.

Berita seumpama ini sering terjadi kepada artis tempatan, antara artis yang pernah mengalami situasi yang sama adalah pelakon dan pelawak Ebby Yus yang dikatakan meninggal dunia akibat masalah paru-paru pada hujung tahun lepas.

Ayda yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon mendapat berita mengenai dirinya yang kritikal akibat kemalangan melalu kawan-kawan yang menghubungi beliau untuk mengesahkan kesahihan berita tersebut.

Menurut Ayda kepada portal Era.fm, gambar yang diviralkan itu adalah semasa beliau terlibat dalam kemalangan 4 tahun lepas iaitu pada tahun 2012.

“Saya pernah terlibat kemalangan tetapi pada 2012 dahulu. Alhamdulillah, sekarang ini saya sihat sahaja. Saya pun tak tahu kenapa gambar dan cerita lama disiarkan semula selepas empat tahun,” jelas Ayda kepada portal Astro Gempak.

Dalam pada itu, Ayda turut menyarankan dan menasihatkan kepada pengguna media sosial supaya meneliti kesahihan dan kebenaran sesebuah cerita atau khabar angin sebelum disebarkan.

Isu berkaitan ajal dan maut, bukanlah boleh dipermainkan sewenang-wenangnya, ia milik Allah, tiada siapa yang mengetahui waktu dan ketika seseorang itu akan dijemput menghadapnya.

Nasihat MYNEWSHUB kepada pembaca sekalian, daripada sibuk mencanang cerita tentang kematian orang lain, adalah lebih baik untuk menghitung amal kebajikan diri sendiri.

Ini kerana mati itu pasti, tidak cepat mahupun lambat. Percaturan Allah itu benar dan jelas. Walau apa pun, layan dulu lagu Pencuri Hati oleh Ayda Jebat. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Db4nxd43peY]

Tags: Ayda JebatfacebookKRITIKAL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak memuat naik ucapan syukur dan tahniah kepada rakyat Selangor susulan pembukaan laluan Transit...

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Ruangan komen akaun media sosial milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd