• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu ‘Tiada Babi’: Jakim Tiada Kuasa Ambil Tindakan

oleh Ahmad Albab
18/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan dan mengambil tindakan terhadap premis yang mempamer tanda ‘tiada babi atau ‘No Pork’, kata ketua pengarahnya Datuk Othman Mustapha.

Beliau berkata serbuan dan tindakan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Sememangnya Jakim, jabatan agama Islam negeri, KPDNKK dan dengan agensi-agensi lain berkaitan (penguatkuasaan) mempunyai jawatankuasa khas berkaitan tanda halal ini,” kepada ketika ditemui pemberita pada hari ketiga Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-37 di sini, hari ini.

Othman berkata permohonan pensijilan halal adalah secara sukarela dan mana-mana pihak yang ingin memohon, mereka perlu mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Istilah ‘No Pork’ itu memberitahu pengguna yang tidak makan babi bahawa premis berkenaan tiada babi. Dari segi (istilah) tanda halal, ia bukan sahaja merangkumi aspek babi, malah ayam yang tidak disembelih (mengikut syariat),” jelasnya.

Sehubungan itu, Othman berkata pengguna terutama umat Islam perlu memilih premis perniagaan yang mempamerkan logo halal bagi mengelak sebarang keraguan.

Mengulas mengenai majlis hafazan al-Qauran itu, Othman berkata persaingan di antara peserta sama ada hafiz atau hafizah pada kali ini amat sengit.

Beliau berkata pertandingan bertujuan meningkatkan bidang hafazan dalam negara bermula dari peringkat kanak-kanak sehingga dewasa.

Seramai 78 peserta terdiri daripada 40 hafiz dan 38 hafizah dari seluruh negara mengambil bahagian pada majlis yang berlangsung lima hari mulai Selasa di Pusat Konvensyen Amanjaya, Meru di sini.

Tiga kategori dipertandingkan iaitu menghafaz juzuk satu hingga 10; menghafaz juzuk satu hingga 20 dan menghafaz juzuk satu hingga 30. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]F2gfDqK1jz0[/wpdevart_youtube]

Tags: babiJakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama...

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan pemimpin yang suka pada babi supaya tinggal berdekatan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd