• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu MB Kedah Selesai: KFA Seru Penyokong Melangkah Ke Hadapan

oleh Ahmad Albab
03/02/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak kedah (KFA) bersikap profesional dalam mendepani peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Presiden KFA.

KFA menerusi laman Facebook rasminya menegaskan, kini tiba masa untuk seluruh penyokong bola sepak Kedah terus melangkah ke hadapan dan memberi sokongan padu kepada skuad hijaukuning supaya terus bergerak maju.

“Ayuh. Liga Super 2016 semakin hampir, fokus melangkah ke hadapan, skuad Kedah akan terus komited memberi saingan sengit buat semua pasukan.Sokongan anda azimat pasukan hijaukuning,” kata kenyataan itu hari ini.

KFA menyatakan kepercayaan legasi bola yang ditinggalkan oleh Mukhriz akan memberi inspirasi kepada peneraju baru persatuan itu untuk meneruskan kejayaan bola sepak Kedah pada masa depan.

Justeru, KFA menyeru seluruh penyokong Kedah memberi sokongan kepada peneraju baharu bola sepak Kedah bagi memastikan kejayaan yang berterusan pasukan itu di persada Liga Malaysia.

KFA tanpa menafikan sumbangan Mukhriz menjelaskan, skuad Kedah kembali bangkit di persada Liga Malaysia dengan kejayaan menjuarai Liga Premier dan layak ke pentas akhir Piala Malaysia 2015 hasil kerjasama semua pihak berkepentingan di negeri itu.

“Sokongan dan komitmen beliau (Mukhriz) dalam memperkasakan pengurusan dan pasukan Kedah meletakkan asas yang kukuh bagi meneruskan legasi kegemilangan bola sepak hijaukuning di masa hadapan,” kata KFA. – mynewshub.cc

Tags: KedahKFAMukhriz Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd