• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guardini Catat Kemenangan Peringkat Kali Ke-20 Dalam LTdL

oleh Ahmad Albab
28/02/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelumba Astana Pro Team, Andrea Guardini mencatatkan kemenangan peringkat kali ke-20 dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) selepas memenangi peringkat kelima, hari ini.

Pelumba Itali berusia 26 tahun itu mencatat masa tiga jam 18 minit, 50 saat dalam perlumbaan hari ini sejauh 148.8 km dari Tapah ke Dataran Merdeka di sini.

Rabu lepas beliau mencatat kemenangan peringkat ke-19nya semasa peringkat pembukaan dari Kangar ke Baling.

Untuk rekod, Guardini yang dikenali sebagai Mr Langkawi memenangi lima peringkat dalam LTdL edisi 2011, enam (2012), tiga (2014) dan empat peringkat, tahun lepas.
Rakan sepasukannya, pelumba Colombia Miguel Angel Lopez Moreno, mengekalkan jersi kuning sebagai pendahulu keseluruhan biarpun gagal menempatkan diri di kedudukan 10 pelumba teratas.

Pelumba China, Wang Meiyin daripada Hengxiang Cycling Team dan pelumba Malaysia Muhamad Adiq Husainie Othman daripada Terengganu Cycling Team (TSG) masing-masing mengekalkan jersi polka dot sebagai Raja Bukit dan Pelumba Terbaik Asia.

Pelumba veteran Malaysia, Loh Sea Keong yang mewakili skuad kebangsaan Malaysia dinobat pelumba paling agresif untuk kali ketiga dalam LTdL tahun ini selepas peringkat kedua Khamis lepas dan peringkat keempat semalam. – BERNAMA

Tags: LTdL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Belletti Akhiri Kemarau Gelaran Selepas 2 Tahun

25/03/2018
0

MUAR – Pelumba Itali, Manuel Belletti daripada pasukan Androni Giocattoli-Sidermec menamatkan kemarau gelaran selepas dua tahun apabila menjuarai peringkat ketujuh...

Harrif Puas Hati Tamat Kemarau Raih Podium

22/03/2018
0

PEKAN — Pelumba pecut kebangsaan, Mohd Harrif Saleh puas hati kerana berjaya menamatkan kemarau enam tahun untuk meraih kedudukan podium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd