• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerak Khas Musim Baharu Mula Siar Bulan Depan

oleh
16/02/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Drama bersiri bercorak kepolisan popular yang sudah disiarkan oleh RTM sejak 1999, Gerak Khas akan memulakan siaran untuk musim baharu pada 4 Mac ini.

Drama penyiasatan terbitan syarikat terkenal Skop Production itu, yang menampilkan 26 episod untuk musim 2016 ini akan disiarkan pada setiap Jumaat, pukul 9 malam di stesen TV2.

Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam berkata drama bersiaran lebih 15 tahun itu menampilkan barisan pelakon baharu termasuk Fattah Amin dan Raja Ilya bagi memberi nafas segar musim ini.

“Enam pengarah berbeza yang turut serta dalam penggambaran untuk musim kali ini iaitu saya sendiri, Syamsul Yusof, Aziz M. Osman, Faizal Yusof, C. Kumaresan dan Majed Salleh.

“Ia akan memberi pelbagai sentuhan dalam setiap episod,” kata Yusof pada majlis pelancaran dan sidang media Gerak Khas 2016 di Pawagam Mini P. Ramlee Finas, di sini Khamis.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari. Turut hadir ialah Pengerusi Finas, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib.

Sementara itu, ketika berucap, Jailani berkata Gerak Khas juga mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya drama tempatan yang mampu bertahan dalam tempoh lebih sedekad.

KUALA LUMPUR 11 FEBRUARY 2016. Pelakon Gerak Khas 2016, dari kiri, Zek Zamri, Latisha Shamsir, C. Kumaresan, Salina Saibi, Syamsul Yusof, Fattah Amin, Raja Ramilah Raja Mohamad dan Saiful Nizen Ayob pada Majlis Pelancaran Gerak Khas 2016 di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS. NSTP/ADI SAFRI
Pelakon Gerak Khas 2016 (dari kiri) Zek Zamri, Latisha Shamsir, C. Kumaresan, Salina Saibi, Syamsul Yusof, Fattah Amin, Raja Ramilah Raja Mohamad dan Saiful Nizen Ayob pada Majlis Pelancaran Gerak Khas 2016 di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS.

Beliau berkata kementerian mengharapkan supaya lebih banyak isu dan ancaman dihadapi pada masa kini yang dibawa oleh media baharu, dapat ditonjolkan dalam drama seperti Gerak Khas.

“Saya turut menyeru kepada semua penerbit tempatan agar tidak mengabaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat tanah air. Berilah makna kepada usaha yang dibuat itu.

“Hasilkanlah rancangan yang bukan sahaja mempunyai nilai komersial, tetapi mempunyai nilai kepada kehidupan dan memberi pengajaran kepada penonton,” katanya.  – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: gerak khasRTM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempa Bumi Lemah 2.1 Skala Richer Landa Ranau

Next Post

Vida: Cekal Bangkit Setelah Berkali-Kali Jatuh

Related Posts

Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran Di RTM

Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran Di RTM

05/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM), susulan isu...

RTM Siar Secara Langsung 61 Aksi Liga M 2024/2025

RTM Siar Secara Langsung 61 Aksi Liga M 2024/2025

11/05/2024
1

PEMINAT sukan bola sepak tanah air berpeluang menyaksikan 61 perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025 yang akan disiarkan secara...

Next Post

Vida: Cekal Bangkit Setelah Berkali-Kali Jatuh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd