• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelandangan Harap Diberi Kerja Tetap, Ubah Nasib Diri

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Golongan gelandangan berharap ada pihak yang sudi membantu mereka mendapatkan pekerjaan tetap supaya mempunyai masa depan yang lebih baik.

Seorang gelandangan yang juga penghuni Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Ahmad Sazali Md. Salleh, 35; berkata jika ada peluang dia tidak lagi mahu hidup bergelandangan seperti sekarang yang hanya mengharapkan bantuan pelbagai pihak untuk meneruskan kehidupan.

“Siapa yang mahu hidup begini? Kalau boleh saya ingin tinggal di rumah sendiri dan ada kehidupan bersama keluarga.

“Memang saya dan rakan-rakan di sini (pusat transit) bersyukur kerana ada pihak yang sudi menyediakan makan minum kami, namun kebanyakan daripada kami yang menganggur mengharapkan ada pihak yang sudi menyediakan pekerjaan kepada kami,” katanya kepada Bernama.

Ahmad Sazali ditemui sewaktu majlis perasmian Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Pahang, di sini.

Majlis perasmian pusat transit berkeluasan 1,319 meter persegi itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Sazali yang berasal dari Perak berkata sebelum ini dia pernah bekerja sebagai tukang cuci di negerinya namun terpaksa berhenti kerja kira kira dua tahun lepas kerana masalah kesihatan.

Katanya selepas berhenti kerja dia mengikut rakannya berhijrah ke Kuala Lumpur dengan harapan mendapat pekerjaan yang lebih baik

“Tapi kerja yang ada semuanya berat-berat, tidak sesuai dengan keadaan kesihatan saya, nak balik semula ke kampung pun sudah tiada wang… terpaksalah saya hidup macam ini,” katanya.

Permintaan Ahmad Sazali turut disokong seorang lagi penghuni, Nor Faradilla Zakaria, 35; yang berharap suatu hari nanti akan mendapat pekerjaan tetap bagi mengubah nasibnya.

Ibu tunggal yang kematian suami lapan tahun lalu itu berkata dia juga amat memerlukan pekerjaan bagi menanggung anaknya yang kini berumur 9 tahun.

“Anak saya terpaksa tinggal bersama ibu bapa saya. Makan minum dan persekolahannya pun mereka yang tanggung. Jadi kalau ada pekerjaan tetap dapatlah saya sewa rumah sendiri dan tinggal bersama anak,” kata Faradilla yang berasal dari Negeri Sembilan. – BERNAMA

Baca: Najib Rasmi Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

Juga: Pusat Transit Beri Harapan Baharu Buat Gelandangan

Tags: gelandanganpekerjaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd