Saturday, May 4, 2024

Creating liberating content

Perpustakaan KL Terbakar, 50...

KUALA LUMPUR - Tindakan pantas pengawal keselamatan dan staf Perpustakaan Kuala Lumpur di...

JPN Pahang Permudah Urusan...

KUANTAN – Keprihatinan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membantu meringankan urusan keluarga dua pesakit...

Polis Marin Rampas Rokok...

TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 12,000 karton...

“Lelaki Loser Jer Sibuk...

RAKAMAN video 'belanja' pelakon Izara Aishah yang tampil terlampau seksi hingga menampakkan sebahagian tubuhnya,...

Fitnah Jahat MB Kedah Konon Gagal SRP Dijawab

SYUKUR Alhamdulillah, akhirnya krisis politik Kedah berakhir dengan perletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pagi 3 Februari 2016 dan pengumuman Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sebagai pengganti.

Sebaik sahaja Ahmad Bashah diberitakan akan mengangkat sumpah jam pagi 4 Februari 2016), seperti biasa jentera siber Mukhriz terus menyerang latar belakang akademik Ahmad Bashah yang dikatakan hanya setaraf Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

Telatah jentera siber Mukhriz ini amat mengelikan hati saya. Sedarkah jentera siber Mukhriz ini bahawa tindakan jahat mereka ini sebenarnya turut mengaibkan bos mereka sendiri secara tidak langsung.

Apa tidaknya, majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah pun lebih yakin dengan seorang yang berkelulusan SRP berbanding Mukhriz yang belajar sampai ke Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Cuba bayangkan kalau calon yang menentang beliau itu mempunyai ijazah peringkat sarjana atau Phd, lagilah malu Mukhriz jauh ketinggalan.

Sepertimana diungkapkan Ahmad Bashah: “Saya mengaku pendidikan saya tidak tinggi sebagaimana Mukhriz, saya sedar saya ada kekurangan dari segi itu… namun, pengalaman saya selama ini dalam kepimpinan parti dan kerajaan adalah kelebihan yang saya ada untuk jaga kebajikan dan untung nasib rakyat Kedah”.

Sebenarnya Ahmad Bashah, bukan hanya ada SRP, tetapi beliau ialah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Fitnah jahat jentera siber Mukhriz hanya sekadar untuk ‘membunuh’ karakter Ahmad Bashah.

Serangan sebegini sebenarnya boleh mengundang serangan balas ke atas Mukhriz. Walaupun seorang anak Perdana Menteri yang hidup dengan kemewahan dan lengkap segala-galanya, Mukhriz bukanlah cemerlang sangat dalam pelajaran.

Mukhriz bukan hanya ‘malas’ balik kawasan, masa belajar dahulu pun beliau bukanlah rajin sangat. Walaupun pernah belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), keputusan SPM beliau hanya Pangkat 2.

Berapa kerat sahaja pelajar MRSM yang gagal macam beliau waktu itu. Selepas itu Mahathir terpaksa pula hantar beliau belajar di Jepun dengan biaya sendiri. Itupun tidak habis, hanya dua tahun.

Kemudian Mahathir hantar beliau sambung belajar di AS, baharulah beliau dapat ijazah di sana. MRSM ada program American Top University (ATU) dan British Top University (BTU) sahaja.

Jika masih juga gagal dapat ke ATU atau BTU, mereka akan dihantar pula ke universiti di negara lain. Mana ada lepasan MRSM sambung belajar ke Jepun pada zaman itu.

Jentera siber Mukhriz patut faham bahawa dalam politik, kelulusan akademik bukanlah penentu kejayaan seseorang untuk mentadbir sesebuah negeri atau badan perhubungan UMNO negeri dengan baik.

Dalam politik, seorang yang ada Phd seperti Sanusi Junid pun masih gagal mentadbir sebuah negeri dengan baik sehingga menjadi bahan jenaka dengan idea menanam padi atas bumbung.


Malah seorang doktor perubatan yang pernah mentadbir negara ini selama 22 tahun juga pernah gagal untuk meraih sokongan ahli bahagiannya untuk menang dalam G7.

Bagi saya, sifat kebapaan yang dimiliki oleh Ahmad Bashah telah berjaya menyatukan kembali UMNO Kedah sehingga berjaya merampas semula Kedah daripada tangan PAS pada 2013 lalu.

Tidak dinafikan, pengumumam PM untuk melantik Mukhriz sebagai Menteri Besar sedikit sebanyak telah memberikan lonjakan tambahan sokongan bagi BN Kedah ketika itu.

Namun tanpa gerak kerja tersusun BN di bawah Ahmad Bashah sebagai Pengerusi UMNO negeri dan BN Kedah yang cukup berpengalaman, mustahil untuk BN mampu merampas kembali Kedah.

Tiada satu parti pun dalam dunia ini waima yang hebat boleh menang pilihan raya hanya dengan membuat satu pengumuman tanpa melakukan apa-apa pun gerak kerja pilihan raya.

Pengalaman inilah yang wajar digunakan oleh UMNO Kedah sekarang bagi menghadapi PRU-14 kelak. Semua gerak kerja penerangan dan usaha mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional perlu dimulakan semula seberapa segera.

Berilah peluang kepada Ahmad Bashah untuk membuktikan kemampuannya dalam mentadbir negeri Kedah walaupun dengan kekurangan latar belakang pendidikan.

Berdasarkan pengalaman hidup saya, saya pernah punyai ramai kakitangan dan teman yang berpelajaran tinggi, namun dari segi kematangan dan kebijaksanaan, tidaklah semuanya setaraf dengan ijazah atau Phd yang mereka miliki.

Sebaliknya, ada antara mereka hanya berkelulusan SPM, tetapi hampir semua tugas yang diamanahkan kepada mereka mampu dilaksanakan dengan baik. Bukan sekadar itu, ada antara mereka mempunyai IQ jauh lebih baik daripada mereka yang mempunyai ijazah.

Apabila ditanyakan kepada mereka, kenapa mereka tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda dan Sarjana, ada antara mereka yang menyatakan bahawa mereka terpaksa bekerja selepas SPM bagi membantu ibu bapa mereka untuk menyekolahkan adik-adik mereka.

Bila adik-adik selesai persekolahan dan mereka cuba untuk melanjutkan pelajaran secara jarak jauh, sekali lagi cita-cita itu terpaksa mereka korbankan lagi kerana adik-adik mereka diterima masuk ke universiti pula.

Tidak semua orang berpeluang menjadi anak Perdana Menteri seperti Mukhriz dan kita tidak tahu apa yang terpaksa Ahmad Bashah lalui, maka hentikanlah cemuhan yang tidak berkesudahan ini! – LOKMAN NOR ADAM

Baca: Luahan Anak MB Kedah Sedih Bapa Dihina Netizen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori