• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Guru Kembali Ke Penjara

oleh Ahmad Albab
26/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jakarta – Mahkamah Agung Indonesia kelmarin membatalkan keputusan sebuah Mahkamah Tinggi yang melepaskan dua guru sebuah sekolah antarabangsa termasuk warga Kanada dari hukuman penjara selepas didapati bersalah mencabul pelajarnya.

Mahkamah juga menambah hukuman penjara guru warga Kanada, Neil Bantleman dan penolong pengajar, Ferdinand Tjiong kepada 11 tahun.

Kakitangan Sekolah Antara Budaya Jakarta (JIS) itu dihukum penjara 10 tahun pada April tahun lalu selepas didapati bersalah mencabul beberapa pelajar pada 2013.

Namun, mereka dibebaskan beberapa bulan kemudian selepas Mahkamah Tinggi menerima rayuan mereka.

Jurucakap mahkamah, Suhadi berkata, pendakwa raya membuat rayuan di Mahkamah Agung yang kemudian mengekalkan sabitan bersalah dan menambah hukuman penjara kepada 11 tahun.

“Hakim Mahkamah Rayuan percaya Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam keputusannya yang membebaskan kedua-dua tertuduh.

“Hakim juga mendapati bukti yang dikemukakan dalam kes itu mencukupi dan meyakinkan,” katanya.

Sementara itu, pejabat pendakwa raya memberitahu, Ferdinand menyerah diri dan kembali ke penjara semalam, tetapi pihak berkuasa masih mengesan Bantleman. – AFP/myMetro Online

FERDINAND (kiri) dan Bantleman ketika hadir ke Mahkamah Daerah Jakarta Selatan pada 2 Disember 2014.

Tags: GuruIndonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd